Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Yang Sedap

Sebelum ni ana selalu dengar sahaja kisah pisang goreng cicah sambal kicap, dan buat pertama kalinya ana merasa makan pisang goreng cicah sambal kicap di rumah sepupu ana, Intan di Bukit Beruntung. Serius memang sedap. Ana pun tertanya-tanya juga resepi untuk sambal kicap untuk cicah pisang goreng ni. Dari rasanya ana dah boleh agak ia nya perlu di masak terlebih dahulu cuma nak pastikan bahan-bahannya sahaja.





Beberapa hari lepas, ana cari dari carian internet untuk dapatkan juga resepi sambal kicap untuk pisang goreng dan hasilnya.. tadaa!!! Dapat dah dan ana pun berdesupp goreng pisang dan masakkan sambal kicap untuk cicahnya. Wallaaaa!! Memang sama dengan rasa sambal yang ana makan di rumah sepupu ana tu, Alhamdulillah. Dan ana nak kongsikannya dengan pembaca yang mungkin tercari-cari bahan dan cara masak sambal kicap pisang goreng.

Resepi sambal kicap untuk pisang goreng




Bahan-Bahan Sambal kicap


Cili Padi 15 biji ( ikut kepedasan masing-masing juga lah kan )
Gula Merah 5 sudu besar
Gula Pasir 5 sudu besar
Kicap Manis 5 sudu besar
Bawang putih 1 biji
Air 1 cawan

Cara Memasak sambal kicap pisang goreng 


Campur semua bahan dan kisar sehingga lumat, masak dengan api yang kecil sehingga kuah pekat. Siap dah, boleh lah korang cicah dengan pisang goreng panas-panas. Memang power rangers 😊😊

kredit resepi leenazi9783.blogspot.com




Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Yang Sedap Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Yang Sedap Reviewed by Ana Jingga on June 23, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Oh, Cicah ini kalau di Jawa-Tengah disebutnya Kinco, kak.
    Biasanya untuk pelengkap makan ketan.
    Enak ya rasanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kinco ya HS, sama sahaja kan cuma sebutannya berbeza :) memang enak

      Delete
  2. Replies
    1. tuu laa Sha, laju je menghabiskan pisang goreng kalau ada sambal kicap nya :)

      Delete
  3. ini menu org johor ni :)
    kat melaka ni pun ada yg buat menu gini.
    cicah sambal kicap.
    tapi tu la. payah cari sambal kicap yg ummph!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Aida, asalnya dr Johor kan, kak ana buat sendiri je ni sedap gak haha :)

      Delete

Powered by Blogger.