Ketika beraya sakan di Teluk Intan, kami berkesempatan ke kampung sebelah arwah tok ana di Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh . Setiap tahun kami pasti akan ke sini menziarahi satu-satunya ibu saudara dan dua pupu sebelah arwah tok. Anak-anak ana suka sangat kalau datang ke rumah Opah Su ni sebabnya Pak Uda Hisham depa ni pandai masak memasak. Menu dia memang kelas dan sedap-sedap air tangan dua pupu ana sorang ni. Sham seorang guru tapi di kurniakan bakat dalam masak memasak. 

Kami ke kampung Pengkalan Pegoh pada hari raya ke 4,hari Isnin. Bayangkan dah tiga hari makan ayam, daging, ketupat dan lemang, kali ni kami di sajikan dengan menu kampung seperti ikan masin sambal tumis, ikan kembong goreng, sayur campur , ulam petai dan yang paling heaven sambal kuinin dan sambal tempoyak. Hat ni laa yang ana nak share dengan korang, memang sedap menjilat jari bak hang!! Kena sangat dengan selera kami orang kampung nii laa, kalau orang pekan tak minat kut menu-menu macam ni.





Sambal Kuinin 

Sempatlah menuntut dengan Sham resepi nak buat sambal kuinin ni. Senang sangat.. bahannya belacan ( Sham kata cari belacan yang sedap ), cili merah, cili padi di tumbuk lumat. Kemudian hiriskan buah kuinin dan campurkan bersama sambal belacan tadi. Siap dah.. kalau tawar buh laa garam tapi hati-hati gak kerana ada belacan yang dah siap-siap rasa masin. Sedap tau rasa nya, pedas-pedas manis kuinin tu. Perghh!!




Sambal tempoyak 


Satu lagi yang menggoda jiwa raga ana ketika menjamu selera tengahari tu di rumah mak Su ialah sambal tempoyak. Sambal tempoyak ni jenis yang di masak dengan santan. Resepi asal arwah opah Jemah, ibu kepada mak Su ana ni. Memang lain dengan yang ana pelajari resepi dari arwah ibu mertua ana versi Pahang yang campur ikan bilis dan petai tu.

Sambal tempoyak ni, mak Su bagitau resepinya tumbuk cili api, gaulkan dengan tempoyak. Masukkan santan dan kacau atas api perlahan sehingga mendidih, masukkan garam. Pun sedap juga menu ni. Alhamdulillah terima kasih mak Su dan Sham dan ana kongsikan semula di ruang ini untuk rujukan ana sendiri masa hadapan dan mungkin juga untuk insan lain di luar sana. Semoga bermanfaat.. In Shaa Allah.

10 Comments

  1. Dua-dua sambal ini sedap.. mampu menyebabkan makan bertambah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu la dia SHa, bahaya menu-menu camni :)

      Delete
  2. Dua- dua sambal pembuka selera dan bahaya..sebab boleh buat menambah makan berpinggan nasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann SA, tekak kampung macam kita ni, inilah juadah paling sedap :)

      Delete
  3. Kinah memang suka sambal tempoyak dengan sambal kuinin ni. Tekak kampung katakan hihi😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Kinah, selera orang Perak lak tuu hihi :)

      Delete
  4. raya kedua ari tu, ke umah mak sedara di Klebang.
    rumah dia atas tanah sendiri. hmmmm keliling ada pokok buah tau.
    kuinin ajer 3-4 pokok.
    Allahu Akbar, indah nyer lah bila kami sekeluarga dihidangkan dgn lebih 10 biji kuinin.
    ada gak la mangga epal beberapa biji, AJ.
    tapi tak dpt nak bwk balik. sebab lepas tu terus beraya.
    bau nyer tu, nanti melekat dlm kereta hi hi hi hi...
    sambal kuinin is the best lah. best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Aida, heaven sangat buah kuinin ni,bab bau tu memang tak leh kata lah Aida.

      Delete