Shopping di Plaza GM Klang
Ana ni asalnya tak nak dah nak beli baju raya kerana dah ada sepasang songket baju kurung tradisional kain pemberian adinda blogger Shalimar Yusof. Dah siap pun tempahannya dari sepupu ana Intan Salleh. Tapi kan.. tiba-tiba rezeki suami bila ana dapat sponsor dari Jakel, baju Melayu Aaron Aziz berwarna merah. Anak-anak sibuk lah nak juga ibunya pakai sedondon dengan ayah depa. Memandang kan dah lagi seminggu je nak raya, Sabtu lepas kami ke Shah Alam ambil Kak Long, seksyen 7 jangan cerita lah punya jem. Ana ajak suami lajak ke GM Klang nak cari baju merah.
kredit foto muudah.my |
Kami sampai ke Plaza GM Klang dalam tengahari macam tu, parking di luar memang penuh dua kali round pun tak ada lot parkir, suami keluar dan naik ke bangunan lama Plaza GM, pusing punya pusing dapatlah lot parkir di blok baru Plaza GM. Punya dah lama tak ke sana, dah siap rupanya blok baharu Plaza GM. Tapi tak perlu risau kerana kedua-dua blok ni ada link dalam, tak lah penat menapak jauh.
Parkir di GM Klang ni murah sangat lah, RM2 untuk lima jam pertama. Ambik ko! 5 jam sakan tu nak shopping. Bestnya walaupun orang ramai tapi agak selesa juga untuk membeli belah kerana ribuan shot lot dengan pelbagai kategori dan harga pilihan.Ikutlah bajet korang masing-masing kan. Lengkap, serba neka ada, dari pakaian muslimah, pakaian lelaki, aksesori, karpet,lampu, peralatan jahitan dan semua ada lah kat sini. Sedia kan sahaja bajetnya.
Pusing punya pusing, try beberapa pasang dari kedai-kedai disini, akhirnya dapatlah sepasang baju berwarna merah hati. Alhamdulillah,baju jenis mix and match dengan kain. Senang nanti nak pakai dengan baju lain kan. Harga pun murah sepasang cuma RM70.. save bajet you...
Jadi kalau korang yang duk sekitar Selangor ni kalau nak shopping barangan keperluan ,boleh lah ke Plaza GM Klang ni, murah-murah dan berbaloi sangat, kay . Tapi kena tahu juga yang Plaza GM Klang ni beroperasi sehingga jam 7 malam sahaja tau, jangan datang malam sebab ia di tutup dah.
6 Comments
Keren gedung plaza perbelanjaannya,kak Ana.
ReplyDeleteMurah juga pakaian disana.
Herannya, kenapa hanya beroperasional sampai jam 7 malam ya ?
ada sesetengah gedung di KL juga hanya di buka sehingga jam 8 malam HS :)
Deletedpt la sekali aida ke gm klang ari tu, AJ.
ReplyDeletetapi tak dpt baju or tudung. beli karpet patchwork.
nanti nak repeat ke sana. beli mainan Ijat plak.
ari tu sebab concentration kpd lain, so langsung tak dpt nak spend time belek mainan :)
seronok kan Aidi bila ke sini serba serbi nya ada,harga pun murah dan mampu milik kata orang kan :)
DeleteKalau pergi sini memang seronok sangat, tak habis jalan lagi. Ntah bila la org nak bwk ke sini.
ReplyDeletekan nia, tak larat nak tawaf sepenuhnya, besar sekarang ada dua blok lagi :)
Delete