kredit buat pemilik foto

Demi kasih sayang Allah swt terhadap hamba-hambaNya maka dikurniakan pelbagai cara untuk kita mendapat ganjaran pahala bekalan untuk ke akhirat nanti kerana usia kita singkat. Allahu Akbar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. 

Kerana umur kita singkat..

Allah swt kurniakan Lailatulqadar,
untuk menambah pahala amalan dalam satu malam bersamaan seribu bulan.
Allah swt seru untuk menjaga silaturrahim,
sebagai salah satu cara untuk mencari syurgaNya .
Berpuasa enam hari di bulan Syawal,
dengan ganjaran menyamai pahala puasa setahun.
Allah swt turunkan Surah Al-Ikhlas,
dengan bandingan seolah-olah membaca sepertiga Al-Quran.
Ganjaran solat di Masjidilharam,
dengan 100 000 kali pahala dan 1 000 kali pahala di Masjid Nabawi.
Ganjaran pahala solat berjemaah,
dengan 27 kali ganda pahala.
Ganjaran solat fajar,
dengan pahala yang lebih baik dari dunia dan isinya.
Pahala membaca Al-Quran,
satu huruf dengan 10 ganjaran pahala.
Allah swt kurniakan sesiapa yang beramal soleh, bersedekah, meninggalkan ilmu bermanfaat dan anak yang soleh,
pahalanya terus mengalir ke dalam kubur.

Betapa Allah swt itu teramat Penyayang... 💕💕💕💕

4 Comments