Udang Galah Kari Kering

Di rumah kami di Teluk Intan ni, selalu sangat makan udang galah. Teluk Intan kan terkenal dengan bandar udang galah, nak nak lagi besan mak abah selalu menghantar udang galah ke rumah. Pak Ya menjadikan tangkapan udang galah di sungai sebagai sumber pendapatan sampingannya, Alhamdulillah selalu lah kami merasa udang galah. Kalau hari raya, adik ipar ana, Julia Alisya pun selalu masakkan udang galah sebagai salah satu menu utama untuk tetamu. 

Untuk raya tahun 2018 ni, ana lihat sekali lagi Jue masak menu udang galah untuk sajian buat boss nya sekeluarga yang datang bertandang. Biasanya Jue memang masak lebih untuk kami serumah jugalah.. dan kali ini Jue masak udang galah berkari. Sedap.. ana makan dengan nasi planta. Untuk yang tercari-cari idea nak masak apa yang sedap dengan udang galah selain dari masak gulai lemak dan sambal, boleh cuba resepi dari Julia Alisya ni. 




Resepi Udang Galah Kari Kering

Bahan-bahannya : 

Udang galah - di goreng terlebih dahulu
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar di kisar
4 biji bawang putih di kisar 
seinci halia di kisar 
daun kari
air asam jawa secukupnya
garam 
gula
2 biji tomato di potong 
2 biji bawang di potong bulat




Cara memasak udang galah kari kering :

~ Udang galah di bersihkan dan di goreng terlebih dahulu dan ketepikan.
~ Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan daun kari.
~ Masukkan rempah kari ikan dan rempah kari daging, masukkan sedikit air untuk mengelakkan rempah hangus.
~ Masukkan air asam jawa secukupnya dan biarkan mendidih seketika.
~ Rasakan dengan gula dan garam.
~ Masukkan udang galag, tomato dan bawang hirisan tadi dan gaul sebati. Matikan api. 
~ Siap satu menu yang lazat untuk di makan bersama nasi minyak, nasi planta, nasi tomato atau nasi putih pun sodap. 




💗💗Selamat mencuba💗💗 

Kredit resepi buat Julia Alisya ( peminat dekorasi gaya Inggeris boleh follow IG & FB Julia Alisya )
Udang Galah Kari Kering Udang Galah Kari Kering Reviewed by Ana Jingga on June 25, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. Replies
    1. udang galah NN,mau tak sedap hehe :)

      Delete
  2. perghhh.. febret ejulz ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh Sarawak mudah ke nak dapat udang galah Ejulz :)

      Delete
  3. aduh ....sedapnya kari udang galah. Favorite kami tu.

    Saya tag Ana di sini:

    http://www.azirahman.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azi hat ni adik ipar masak tak berkuah dia kering je , sedap gak tu :)

      Delete
  4. Allahu, sedap nyer, AJ.
    aida ni jarang makan udang galah.
    sini tak byk jual nyer.
    lagipun, aida & mr.asben elergi.
    ari tu ke Hatyai, jumpa yg besar giler!
    ngap la 2-3 ekor hu hu hu lepas geram hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau elergi memang tak boleh makan sangat Aida :)

      Delete

Powered by Blogger.