Agar-agar Rose Laici

Agar-agar lagi ?? Ana suka makan agar-agar ni, sejuk je masuk ke dalam mulut kan, Agar-agar mudah sangat untuk di sediakan sebagai pencuci mulut ketika mengadakan sebarang jamuan. Kalau sebelum ini ana kongsikan idea agar-agar bunga rose cantik merah putih tu, kali ni masih dengan bunga rose, agar-agar dan perisa laici. Ana sajikan agar-agar rose laici pula yang tak kurang cun dan sedap.



Kenapa ana panggil agar-agar rose laici ? Cuba korang tengok macam kelopak bunga rose kan. Hehe!! Tak adalah, acah jer. Ana menggunakan bahannya cuma agar-agar, sirap rose merah, gula dan se tin laici. Didihkan agar-agar,masukkan gula secukup rasa,masukkan air jus laici dan masukkan pewarna rose merah. 

Di dalam acuannya atau kalau korang nak gunakan dulang pun boleh jer, carik-carikkan buah laici kemudian tuangkan agar-agar yang dah di didihkan tadi. Dan terhasillah agar-agar rose laici versi anajingga dot com yang mudah. Bila dah di sejukkan dan mengeras, terbalikkan acuan dan taadaa!!! Inilah hasilnya agar-agar rose laici ana.






Agar-agar Rose Laici Agar-agar Rose Laici Reviewed by Ana Jingga on July 02, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Cantik.. Makan time berbuka memang best.. Sejuk je dia lalu tekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana penggemar agar-agar ni Sha sebab sejuk je kan :)

      Delete
  2. waaaa.. terbaek. nak cuba jugak la nanti. hehe

    ReplyDelete
  3. mak aii..menggoda btl tgk gambar pun..:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.