Ana baharu sahaja closed deal dengan client untuk satu tawaran paid review. Selesai perbincangan harga dan task, client minta alamat macam selalu untuk penghantaran produk. Ana pun terus bagi, tanpa terfikir bahawa client akan pos secepat ini. Jumaat 13hb tu , ana sekeluarga akan bercuti ke Cameron Highland. Tup tup!! dapat mesej yang Ninja Van akan hantar parcel pada hari Jumaat tu nanti. Adoi, kalau Pos Laju, Gdex atau lain-lain yang biasa ana terima servisnya, mudah sangat kalau kita tiada di rumah, despatch akan call dan ana selalunya minta second delivery atau pun tinggalkan slip dan ana akan ambil sendiri. Ninja Van ni, ana tak ada contact number dan tak tahu pun pejabat nya di mana.




Ana cuba dapatkan nombor Customer Service atau Centre melalui operator Unifi 103, namun mengecewakan bahawa nombor tiada dalam sistem. Akhirnya ana cuba masuk ke laman web Ninja Van dan nombor yang tercatat adalah nombor bukan Malaysia, bermakna centre berada di luar negara. Jadi ana terus masuk ke pautan contact us dan dari situ dapatlah ana hubungi pihak centre untuk re schedule penghantaran pada hari Isnin yang berikutnya selepas ana balik dari Cameron Highlands nanti.



Di ruang borang yang di sediakan tu, isikan butiran dan yang penting tracking ID parcel kita dan di bahagian bawah ruang message masukkan pesanan yang ingin di sampaikan, seperti meminta untuk re sechdule penghantaran.




Dan finally ana terima dua balasan email yang menyatakan penghantaran akan di re schedule pada hari Isnin. Alhamdulillah, hari Isnin ana terima parcel dari rider Ninja Van dengan selamatnya. Jadi, kalau korang tak tahu bagaimana nak menghubungi Ninja Van, pergi lah ke laman web mereka dan klik pada Ninja Van Malaysia kerana servis penghantaran ini adalah antarabangsa. Tq Ninja Van. 

4 Comments