Alhamdulillah, tahun ni rezeki sungguh nak makan durian bila pokok keliling rumah arwah mertua ana di Kuala Lipis, lebat berbuah. Adik ipar ana, Fiza duk call abang nya sekeluarga suruh balik makan durian. Kami pun berangkat lah balik ke kampung, abang ipar dah kumpul kan banyak buah durian untuk kami makan dan bawa balik. Adoi pening dalam kereta sepanjang jalan dari Lipis ke Kuala Lumpur adunan bau cempedak dan durian. 

Lebih malang lagi, lebuhraya Karak pula boleh jem teruk. Bayangkan pemanduan dari Bentong ke Gombak makan masa dua jam. Allahu.. speed sepanjang perjalanan antara 20-40km/h sahaja. Tak ada pula sebarang kemalangan atau apa halangan, tapi jem teruk. Dah tak cukup laluan agaknya kena buat hiway bertingkat lah nampak gayanya kan. 





Cara buat tempoyak 


Dalam bawa balik buah durian tu ada dua tiga biji yang dah masam isinya. Suami ana kata dah sesuai untuk buat tempoyak. Masam lah bukan nya busuk tau. Ana pun tanya lah mak macam mana nak buat tempoyak. Rupanya senang sangat, perisikan isi durian , maksudnya asingkan isi dari biji nya. Kemudian campurkan sedikit garam, tak perlu banyak sangat dan peram dalam bekas kedap udara selama 3 hari. Bila dah masam baharulah masuk kan ke dalam peti sejuk jika mahu. Boleh tahan setahun kata orang. 

Ana buat ni sedikit sahaja dalam satu bekas tapau tauhu faa tu sahaja sebagai percubaan.Hasilnya sedaplah rasa tempoyak baharu, hehe.. Boleh lah makan dengan garam berlada ( cili api di tumbuk dan campurkan garam ).Cicah dengan ulam...lazat bangat tuu.. Jadi kalau korang ada isi durian yang tak berapa sedap di makan mentah,boleh lah jadi kannya tempoyak kay ! Orang kita ni memang suka beno makan benda-benda yang expired hehe๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

6 Comments

  1. Oo macam tu rupanya buat tempoyak. Senang benor ler. Bolehler cube nanti

    ReplyDelete
  2. durian dah xde lagi kat sini haha nanti cari tempoyak express la..tapi kan baru taw senang rupanya buat dia :)thx share

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat senang kena peram lama sikit lah kan nak senang beli jer Syaza hehe :)

      Delete