Di kampung halaman ana, Teluk Intan ni, memang banyak menu makanan yang sedap-sedap. Cewahh!! Kampung sendiri mestilah sentiasa yang terbaik kan. Antara yang tersohor di kalangan orang Teluk Intan ni antaranya Mee dan Rojak Mastan Ghani, gado-gado Bumbung Biru, air bandung tarik, popia ronda dan banyak lagi lahh. Dan antara yang tak kurang lejen nya bagi kami orang Teluk Intan adalah kacang rebus ni.




Kacang rebus Teluk Intan 


Gerai kacang rebus Teluk Intan terletak di bersebelahan Menara Condong Teluk Intan sahaja. Senang nak cari. Di tepi jalan utama di tengah-tengah bandar nya sahaja. Ada dua gerai yang menjual kacang rebus ni, berasap lagi wap panas nya untuk mempastikan kacangnya sentiasa panas. Ana kalau balik tu selalu gak beli kacang rebus ni jadikan kudapan sekeluarga. 




Harga nya tu diaa RM10 se kilo, sekilo tu banyak tau, ana selalu beli setengah kilo je RM5 pun jenuh nak habis kan kalau sengsorang. Selalu ana beli makan dalam perjalanan balik ke KL dalam kereta. 



Dan yang awesome sangat pasal kacang rebus di sini ialah isinya yang gemoks gemoks tu. Segar pula tu sebab ana tanya pada adik yang jual tu setambun penuh atas gerai tu habis dalam masa dua hari. Ia sentiasa di panaskan dan rebusan nya pun sedang elok je untuk di makan. Rangup dan lembut, haa macam mana tu ? Kena rasa sendiri lah macam mana kesedapannya. So, kalau korang singgah ke Teluk Intan, jangan lupa cari kacang rebus lejen ni kay.