Lempeng Kelapa Cicah Kari Daging

Beberapa minggu yang lepas ana ada membeli lempeng kelapa dari salah sebuah kedai makan untuk sarapan. Terperanjat juga lah harganya RM 3 sekeping. Anak-anak dan suami pula suka makan lempeng ni cicah kari. Tak jadi nii 😊😊 . Jangan malas nau ana weii !! Pii buat lempeng sendiri bukan nya susah sangat pun. 

Dua tiga malam lepas, memandang kan kari daging yang ana masak ada banyak lagi lebihannya dari tengahari tadi, ana cadang nak melempeng lah untuk menu makan malam kami. Dan tadaa!!! Tersaji lah lempeng kelapa yang sama je rasanya dengan yang di beli sebelumnya. Cara dan bahannya pun senang sangat untuk disediakan. Lempeng kelapa cicah kari bersama kopi O untuk menu makan malam kami sekeluarga.






Cara buat lempeng kelapa 


Bahan-bahannya :


Kelapa parut 
Tepung Gandum 
Garam 
Air secukupnya.

Cara membuat lempeng kelapa 

1. Satukan kelapa parut, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk. 

2. Tambah kan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan batter yang tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair. 




3. Gunakan non-stick pan dan tuangkan adunan ke dalam kuali leper dan pegang kuali serta lenggang kan supaya membentuk sekeping lempeng mengikut saiz yang di kehendaki. 




4. Bila bahagian bawah sudah masak, terbalikkan lempeng ke bahagian sebelah lagi dan tunggu sehingga masak sempurna,




Mudahkan. Sedap lempeng kelapa ni sebagai sajian sarapan pagi ataupun minum petang. Selamat mencuba resepi lempeng kelapa versi anajingga dot com 😉😉
Lempeng Kelapa Cicah Kari Daging Lempeng Kelapa Cicah Kari Daging Reviewed by Ana Jingga on July 20, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. huhu syaza selalu gagalis bab lempeng2 nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tu Syaza, tak menjadi eh, cuba lagi kay :)

      Delete
  2. suka makan benda simple mcm ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan malam selalunya yang simple2 kan ES :)

      Delete
  3. Yum..yum... sedapnya lempeng kelapa cicah kari.
    Whats! mahalnya RM3 sekeping kalah harga roti canai.
    #nakmurahbuatsendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mahal sangat terus buat sendiri je hehe :)

      Delete

Powered by Blogger.