Tips Pemanduan Untuk Mengelakkan Risiko Kemalangan Jalanraya
Tiada siapa pun inginkan berlakunya sesuatu musibah dalam kehidupan seharian yang kita lalui. Kemalangan jalanraya antara yang paling minta di jauhkan daripada berlaku kepada diri, keluarga mahupun saudara dan sahabat kita semua. Ia bagaikan satu malapetaka yang boleh mengundang kehilangan nyawa ataupun kerosakan harta benda. Moga di selamatkanNya sentiasa dan dijauhkanNya dari segala keburukan.
Namun, sering kali kita dengari istilah ' malang tak berbau '. Kadang-kadang kita dah berhati-hati dan cermat ketika memandu, tetapi ada pula insan di luar sana yang sengaja melanggar peraturan dan kecuaian sehingga melibatkan kita dalam situasi kemalangan. Tetapi sebagai insan yang memiliki akal dan fikiran yang waras, kita sendiri sebagai pemandu perlu memainkan peranan sebagai pemandu yang berhemah untuk mempastikan pemanduan yang selamat sepanjang perjalanan, In Shaa Allah.
Tips Keselamatan di Jalanraya
Hari ini, ana nak kongsikan beberapa tips yang boleh di jadikan panduan untuk keselamatan di jalanraya agar mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi bersama keluarga dan insan-insan tersayang.
Patuhi had laju kenderaan setiap masa
Ana tahu semua orang hendak cepat sampai ke destinasi yang di tuju, namun ia amat berbahaya kepada diri kita sendiri mahupun pengguna lain di jalanraya jika kita TIDAK MEMATUHI HAD LAJU yang di tetapkan dan boleh mengundang risiko kemalangan. Pihak berkuasa telah menetapkan had kelajuan di setiap jalan-jalan mengikut risiko kemalangan khasnya. Menurut kajian 40.7% kemalangan jalanraya adalah di sebabkan oleh pemanduan yang laju dan tidak mengikut peraturan keselamatan jalanraya yang di tetapkan.
Sebagai contoh, pemanduan di lebuhraya yang keadaan jalannya yang baik dan mempunyai dua lorong yang selamat pasti lah had laju lebih tinggi berbanding dengan jalan-jalan biasa yang bersimpang, selekoh dan kawasan-kawasan awam yang memerlukan kita memandu dengan lebih perlahan had lajunya.
Andainya kita memandu melebihi had laju yang di tetapkan, pasti risiko untuk berlakunya kemalangan itu tinggi kerana dengan kecuaian sesaat sekali pun boleh memudaratkan. Amatlah penting kita sebagai pemandu yang berhemah untuk mematuhi peraturan dan had laju setiap kali memandu.
Patuhi peraturan keselamatan jalanraya
Banyak papan tanda peringatan di sepanjang jalan di Malaysia ini di letakkan untuk mengingatkan kita agar tidak melanggar peraturan keselamatan pemanduan kenderaan. Ana sangat risau bila berhadapan dengan pemandu yang gelojoh dan tidak mengikut peraturan jalanraya. Paling ketara memotong kenderaan di kawasan larangan khasnya di laluan garis berkembar atau 'double line' yang sah-sah boleh berlakunya risiko kemalangan.
Bila terteranya 'double line' bererti jalan tersebut TIDAK SELAMAT UNTUK MEMOTONG kerana kita tidak dapat mengagak kehadiran kenderaan lain dari arah bertentangan. Nauzubillahi min zalik. Inilah antara penyebab utama berlakunya kemalangan di tanahair kita ini.
Jangan mengunakan telefon ketika memandu
Ana tahu semua orang sekarang memiliki telefon bimbit dan ramai di antara kita yang berurusan 24jam melalui telefon. Tetapi tolong pastikan kita TIDAK MENGGUNAKAN TELEFON KETIKA MEMANDU, kerana ia akan membuatkan kita hilang fokus pada pemanduan. Kecuaian sesaat dua, pasti akan menyebabkan kita berhadapan risiko kemalangan kecil atau besar.
Mainkan peranan kita sebagai pemandu berhemah dengan meletakkan keselamatan nyawa di jalanraya itu jauh lebih penting dari menjawab atau melayan telefon di tangan.
Kekalkan rekod pemanduan yang baik
Pemandu yang berhemah akan sentiasa mempastikan rekod pemanduannya berada dalam keadaan dengan baik untuk mengelakkan daripada di saman oleh pihak berkuasa. Bila kita sentiasa berhati-hati, peka dan memandu dalam keadaan yang bersedia dan berhemah, rekod peribadi kita juga adalah terjaga baik dari sebarang saman dan menanggung kerugian.
Pastikan tahap kecergasan pemandu adalah yang terbaik
Sebelum memulakan pemanduan khasnya dalam jarak jauh, pastikan kita benar-benar segar dan bersedia untuk memulakan perjalanan. Ini bermaksud kita berada dalam keadaan cergas, dan tidak mengantuk atau keletihan. Adalah lebih baik menangguhkan dahulu perjalanan dan mendapatkan rehat yang secukupnya sepanjang pemanduan.
Orang disisi jika ada, mungkin boleh membantu dengan berbual dan jangan pula sedap tidur dalam kereta dan membiarkan pemandu bersendirian khasnya ketika waktu lewat malam. Ada juga yang mematikan penghawa dingin dan membuka tingkap jika terlalu mengantuk ketika memandu.
Amalkan membaca doa sebelum memulakan perjalanan
Sebagai orang Islam,seharusnya lah kita memulakan setiap perbuatan kita dengan membaca doa terlebih dahulu. Memohon agar di selamatkan dan dipermudahkanNya sepanjang perjalanan kita. Jadikan ia satu rutin amalan yang WAJIB di lakukan setiap kali menghidupkan enjin kenderaan.
Doa Naik Kenderaan :
kredit foto : Doa Harian Islami |
Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan kecil atau besar akan juga berisiko menanggung kerugian seperti bayaran saman dan juga insuran kenderaan selain dari kehilangan nyawa dan harta benda. Oleh itu, elakkan diri dari terlibat dengan kemalangan sedaya mungkin agar nyawa dan harta serta wang ringgit dapat di selamatkan. In Shaa Allah.
Credit photos to owner
Credit photos to owner
1 Comments
tang bawak laju tu paling kena ikut huhu dan yang tu la paling ramai susah nak ikut >.<
ReplyDelete