Salah satu destinasi yang wajib di kunjungi bila kita bercuti ke Cameron Highlands ialah Kea Farm. Terletak di utara Brinchang dan merupakan tempat membeli belah paling meriah di Cameron Highlands, bukan shopping mall tau, tapi tempat jualan sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan segar dan pelbagai cenderahati dari tanah tinggi. Pada ana sendiri, harga jualan di Kea Farm jauh lebih murah berbanding dari kebanyakan gerai atau kedai malahan di pasar malam. 



Kea Farm, Cameron Highlands 






Namun cabaran utama untuk ke sini, khasnya pada hujung minggu atau cuti umum dan cuti sekolah ialah kesesakan trafik mendaki dan menuruni. Memang akan sangkut dalam jem. Kedua, kesukaran untuk meletakkan kenderaan. Ini juga menjadi punca utama trafik jemm bila deretan kenderaan di parkir di tepi-tepi jalan yang sempit. Tapi shopping punya pasal, kita redah sahaja lah, tak jem tak trill laa kan.













Paling murah ana dapat beli di Kea Farm ini ialah buah strawberry. Bayang kan selonggok gedabak ni, di tawarkan pada harga RM15 sahaja. Bila di isi ke dalam bekas saiz sederhana, ana mendapat 6 kotak strawberry gemoks-gemoks dan segar. Bawa balik kita berikan kepada saudara mara dan jiran sebagai cenderahati.






Begitu juga dengan sayur-sayuran ada yang 7 peket berharga RM10, namun kebanyakannya sayur yang boleh di dapati di pasaraya di mana-mana sahaja. Untuk sayuran segar dari Cameron Highlands seperti bunga kobis, brokoli, kobis kelopak dan sebagainya sebakul campur-campur tu berharga RM10. 






Jiran ana, Man pesan belikan ubi keledek madu, di Kea Farm ni berharga cuma RM5 sekilo berbanding di pasar malam Tanah Rata RM7 sekilo. Pendek kata macam-macam lah produk tanah tinggi yang wajib beli , boleh di dapati di sini dengan harga yang murah dan berbaloi. Ana siap minta free gift lagi bila dah beli banyak di salah satu gerai nya.






Bunga kering, bunga hidup pelbagai jenis dan warna paling menarik perhatian ana, tapi tak beli pun kerana dah biasa terjadi bila bawa balik tak berapa menjadi pokok bunga nya mungkin kerana perbezaan cuaca yang berbeza di bawah dan di tanah tinggi. Apapun seronok mencuci mata melihat keindahan ciptaanNya.



Jadi, kalau korang bercuti ke Cameron Highlands, pasti kan singgah shopping di Kea Farm. Semua yang korang ingin beli di Cameron Highlands, ada di sini. Bertabahlah ye dalam trafik jem dan mencari parkir kenderaan.