Beberapa Maklumat Mengenai i-SURI/KWSP
i-SURI merupakan satu bentuk Caruman Sukarela KWSP dengan Isentif Khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih. Suri rumah yang layak bakal menerima insentif dari kerajaan sebanyak RM40 sebulan untuk peringkat pertama perlaksanaan, manakala surirumah perlu mencarum sekurang-kurangnya RM5 setiap bulan.
Siapakah yang layak mendapat i-SURI ?
Syarat kelayakan i-SURI adalah dari golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakad 30 Jun 2018, termasuk :
1. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
2. Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita - Balu , Bercerai atau Bujang
3. Warganegara Malaysia
4. Belum mencapai umur 60 tahun
5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun
Cara pembayaran caruman ?
1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP ( Maybank, Public Bank Berhad, Bank Simpanan Nasional dan RHB )
3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang di lantik ( Maybank dan Public Bank Berhad )
Antara manfaat ahli KWSP dalam caruman i-SURI juga termasuklah :
1. Dividen Tahunan
2. Bantuan Hilang Upaya
3. Bantuan Kematian
4. Pengeluaran Simpanan
5. Pelepasan Cukai
Bagaimana untuk mendaftar ahli i-SURI ?
Pendaftaran ahli KWSP/i-SURI bagi individu yang layak bermula pada 15hb Ogos 2018 di mana-mana kaunter cawangan KWSP berdekatan anda.
Untuk sebarang pertanyaan maklumat berkenaan i-SURI ,
bolehlah layari ke
www.kwsp.gov.my
atau hubungi
Pusat Pengurusan Perhubungan di talian
03-8922 6000 .
Manakala untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari ke
www.kpwkm.gov.my
atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
03-8000 8000
kredit sumber dan foto : kwsp.gov.my
1 Comments
wahh bagus bagus hehe. tapi suami2 jangan ngelat x bagi nafkah pula ye
ReplyDelete