Susah hati sungguh bila anak-anak kucing ni tidak aktif bermain dan tak lalu makan. Tidak seperti hari-hari lain yang mana si bulus dua ekor anak si Tipah tak pandai duk diam berkejaran sepanjang masa di dalam mahupun di halaman rumah. Kalau korang mengikuti blog, pasti dah tahu anak-anak si Tipah ni ana jaga setelah Tipah menghilangkan diri ketika cuti Hari Raya yang lepas. Kisahnya korang boleh di baca di SINI .


gambar ni ketika depa kecil lagi, laa nii besar sikit dah :)

Boleh ke Beri Air Kelapa Untuk Anak Kucing Sakit ?



Pagi tu si Abang dengan si Icip ( Adik Ika bagi nama Korea, Cholo dengan Woojae, tapi ana panggil kecik je senang ) , murung dan tidur sepanjang masa. Kalau selalunya time makan, berebut dua beradik tu tapi hari tu langsung tak nak makan langsung. Kak Long dah mula syak, ni mesti ada sesuatu yang tak kena. Dua-dua batuk-batuk, badan pun terasa panas dari biasa dan bersin. Kami syak selepas ada seekor kucing tua sakit datang tumpang makan di belakang rumah. Mungkin budak berdua ni terkena jangkitan demam dari kucing tua tu kerana depa berdua ni tak pernah keluar jauh dari halaman rumah dan tidak pula bergaul dengan kucing lain. Tidur pun dalam kandang.

Adik Ika dah call klinik veterinar dan bayaran untuk consultation sahaja RM30, belum masuk ubat atau rawatan lagi. Nak bawa ke Klinik Vet kerajaan dah rasa serik pula bila kenangkan kisah sedih Spend di  SINI .

Image result for syringe
Gunakan syringe untuk paksa anak kucing minum 


Bimbang sangat kisah sedih berulang kembali, ana berikan mereka susu sahaja yang ana belikan dari kedai haiwan. Sehari tiga kali kami berikan dengan menggunakan syringe kerana dua-dua pun memang tak nak minum seperti selalu. Bertahan la juga kan dari tak makan langsung.

Kemudian ana terfikir untuk memberikan mereka air kelapa sebagai rawatan di rumah. Ana pernah terbaca di entri blog Cik EN sebagai rujukan kerana Cik EN merupakan seorang pegawai vet. Korang boleh baca di SINI . Ana ke kedai runcit dan beli kelapa parut, minta pekedai ambil airnya sekali. Bawa balik dan berikan kepada kedua-dua budak bulus ni menggunakan syringe juga. Sehari dua kali, dua dos syringe sahaja dan jangan lebih. 


Alhamdulillah, dah sihat dah boleh minum susu sendiri dalam cawan dan piring


Selang seli dengan susu supaya mereka tidak dehydrate. Amat bahaya jika anak kucing dehydrate dan tidak mahu makan dalam tempoh masa yang lama sehingga boleh membawa kematian. Alhamdulillah pada hari ketiga, Kecik berdua ni mulai makan can food mereka semula walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Esoknya dah mula main-main bawah meja makan, legaa sangat, Alhamdulillah. Dan hari ini lepas tiga empat hari mereka kembali aktif melompat bermain dan makan berebut. Okay anak mama dah kembali sihat. 

Jadi, memang boleh lah memberikan anak-anak kucing yang tidak sihat seperti demam dan keracunan makanan dengan air kelapa. Tidak mendatangkan mudarat cuma pastikan tidak over dose. Sehari berikan dua kali mencukupi dan berikan air kosong atau susu sementara mereka kembali sihat untuk menjamah makanan. Kucing bila sakit memang tak selera langsung nak makan, kan. Untuk kita yang tak mampu nak menghantar ke klinik vet yang mahal, boleh lah mencuba petua dan cara ini. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.

3 Comments

  1. dulu pun abah Syaza pernah bagi huhu alhamdulillah ok..

    ReplyDelete
  2. kucing kat umah ni pun mak bagi aiq nyoq sekali sekala..
    mak kata mmg elok bgi dekat kucing..jadi ubat katanye..

    ReplyDelete
  3. Kak ada pernah bagi makan air kelapa kat kucing bila sakit. Petua orang tua dari dulu.

    ReplyDelete