BROKOLI Scalp Booster 2 in 1 Serum dan Urutan Untuk Kesihatan Kulit Kepala
Musim panas terik, kadang-kadang hujan dan lembab berpanjangan. Apapun cuaca yang melanda, kita sebagai wanita wajib memakai hijab sepanjang masa bila berada di luar rumah. Khasnya pula wanita yang bekerja dan pelajar lagilah...paling tidak pun 8 jam sehari dalam hijab. Untuk ana sendiri, walaupun suri rumah, masalah yang sering terjadi ialah kegatalan kulit kepala dan rambut gugur. Bila berpeluh bukan main syok kalau dapat menggaru, dah macam orang berkutu pulak 😀😀. Tapi serius.. tak ada kutu tau! Gatal kulit kepala sahaja, kelemumur pun tak ada juga, Alhamdulillah.
Bab rambut gugur tu usah cerita lah.. dah macam salon bila tiap pagi menyapu lantai bilik tidur. tuu diaa.... rambut siapa lagi kalau dalam bilik tidur ana tu, rambut ana lah kan sebab suami memang rambut pendek ala askar memanjang 😉😉 Sah, sah yang terjelai di lantai tu rambaut saiyaa... Paling tidak pun untuk mengatasi masalah kegatalan dan keguguran rambut ni, ana guna kan syampu dan perapi. Lepas syampu tu pun, penuh pula bilik air dengan keguguran rambut kan, biasa lah tu.
Baru-baru ni, ana ada mendengar dari rancangan TV berkaitan siri kedoktoran, katanya kita perlu memilih syampu yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit kepala dan permasaalahannya juga. Haa!! Jangan ingat nak pilih skincare sahaja ke serasi dan sesuai, syampu juga sama kaedahnya.
Selain syampu dan perapi, kulit kepala juga memerlukan serum. Alamak!! Ingatkan wajah sahaja kena letakkan serum, kulit kepala pun sama rupanya. Ia sebagai langkah untuk melindungi dan memberi nutrisi kepada kulit kepala kita. Ermm... betul juga kan, dah nama lagi kulit kepala, perlu juga nutrisi seperti mana kulit wajah dan anggota tubuh yang lain untuk mendapatkan rambut yang kuat dan sihat.
Sebelum ini ana pernah menggunakan salah satu produk dari IMAAN SUCI WORLD, dan mendapat info bahawa IMAAN SUCI WORLD juga mempunyai rangkaian penjagaan rambut dan kulit kepala. Dan ana nak cuba dahulu serum mereka iaitu BROKOLI Scalp Booster . Bila sampai ke tangan, baharu ana perasan yang BROKOLI Scalp Booster ni 2 dalam 1 rupanya. Bukan sekadar dapat serum tetapi juga alatan mengurut kulit kepala atau Massager . Best pula ana gunakannya pada kulit kepala.
Pengalaman menggunakan BROKOLI Scalp Booster
Ana menggunakan BROKOLI Scalp Booster ni selama hampir dua minggu sebelum entri ini di terbitkan. Selalunya ana gunakannya di waktu pagi selepas mandi, baharu lah segar kan. Boleh di gunakan ketika rambut basah atau kering. Buka penutup serum dan roll kan sahaja bebola pada keseluruhan kulit kepala, celah-celah rambut kita lah kan. Bila dah roll tu rasa sejuk dan segar sangat kulit kepala ana tau, best laahhh . Kemudian tutup dan buka pula bahagian atas botol tu. On kan button nya dan syok ooo!! Ada proses urutan di bahagian kepala kita. Ianya untuk merangsangkan peredaran darah kulit kepala. Patutlah segar sahaja.
Dan dalam seminggu ni, nampak ada lah kurang jumlah taburan rambut di lantai bilik, tapi tak ada lah kira kan haha 😃😃 Mudah-mudahan dengan penggunaan berterusan masalah keguguran rambut dan kegatalan kulit kepala ini dapat di kurangkan sedikit demi sedikit. Ye lah... takkan boleh hilang sekelip mata, kena lah konsisten dan bersabar kan. In Shaa Allah, jika ia serasi pasti akan ada hasilnya.
Cara penggunaan BROKOLI Scalp Booster
Ana cuma boleh tunjukkan cara penggunaan nya pada tangan sahaja lah kan, takkan nak tunjuk kat kepala, aurat tu. Boleh lah rujuk video di atas dan anggaplah belakang tangan tu kulit kepala kita, mudah kan... Urutlah mengikut berapa lama yang kita kehendaki setiap hari dah macam pi salon rambut pula siap ada alat mengurut kepala ni. Lagi satu, serum ni TIDAK MELEKIT dan TIDAK BERMINYAK sama sekali, itu yang best. Lepas guna bolehlah kena hijab dan bersiap untuk bekerja atau ke kelas. Alhamdulillah.
Apakah khasiat dan kebaikan BROKOLI Scalp Booster ?
Ana merujuk kepada sumber www.imaanworld.com sendiri untuk segala info yang di berikan di bawah. BROKOLI Scalp Booster adalah produk 2 dalam 1 yang menggabungkan serum kulit kepala yang KAYA NUTRISI beserta mesin urutan dengan gegaran khas untuk membantu mengaktifkan peredaran darah di kulit kepala. BROKOLI Scalp Booster membantu mengatasi masalah rambut gugur “LANGSUNG TIDAK BERMINYAK & TIDAK MELEKIT”, Berdaftar dengan KKM, dan sangat mudah digunakan. Rasakan nikmat seperti di salun rambut. Salah satu cara untuk berehat dan menghilangkan stress.Ianya kalis air, mudah dikawal dengan tangan.
kredit foto www.imaanworld.com |
Bagaimana BROKOLI Scalp Booster mampu membuatkan rambut & kulit kepala jadi sihat?BROKOLI Scalp Booster adalah hasil kombinasi dari bahan seperti Jojoba Oil. Ianya mеmbаntu mеnguаtkаn аkаr rаmbut, mеmbеrі khаѕіаt dаn mеmulіhkаn kulіt kераlа уаng rоѕаk dаn mеnуіhаtkаn rаmbut.ЈΟЈΟΒΑ mеmbаntu mеrаngѕаng реrtumbuhаn rаmbut bаru, mеnуubur dаn mеnghіtаmkаn rаmbut dаn mеlеmbаbkаn dеngаn mеnуіhаtkаn rаmbut dаrі аkаr hіnggа kе huјung.
BROKOLI Scalp Booster ini berfungsi membuang sel kulit mati atau kelemumur dan kudis serta membersihkan dan melindungi rambut dan kulit kepala anda. Ia juga akan mengawal peratusan keguguran rambut untuk mengelak masalah kebotakan. BROKOLI Scalp Booster meningkatkan pertumbuhan & menumbuhkan rambut baru serta mencegah kelemumur dan keradangan folikel rambut. BROKOLI Scalp Booster ini juga berfungsi untuk menghilangkan stress. Ana dah rasainya, memang cool sangat lepas memakainya. relakss .
Siapa yang perlu menggunakan BROKOLI Scalp Booster
Disarankan untuk mereka yang mengalami masalah-masalah seperti :
➔ Masalah Rambut GUGUR.
➔ Gatal Kulit Kepala.
➔ JERAWAT di Kulit Kepala.
➔ Masalah Kelemumur
➔ Kepala banyak kutu.
➔ Kulit kepala banyak daki.
➔Kulit kepala BERMINYAK.
➔ Belahan rambut semakin luas.
➔ Rambut kusut dan bercabang.
Jelas dah kan, penerangan mengenai BROKOLI Scalp Booster . Jadi sekarang tentu korang ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan BROKOLI Scalp Booster 2 in 1 Serum & Massager ni ? Mudah sangat lah.. sekarang ni semua maklumat di hujung jari kata orang kan.
Untuk dapatkan harga diskaun dan pembelian :
Sila whassap/SMS
“BROKOLI 10” ke 013 878 6989
Atau klik saja link whassap dibawah ni :
Jangkamasa bateri pada mesin urutan boleh bertahan selama hampir 2 bulan dengan anggaran penggunaan 5- 10 minit sehari. Bateri gentian boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual bateri.1 Βоtоl BROKOLI Scalp Booster 25ml, boleh tаhаn ѕеlаmа ѕеbulаn. Refill ada dijual. BROKOLI Scalp Booster bersaiz kecil dan kurus jadi ia sangat mudаh dіbаwа bеrѕаmа kе mаnа-mana ѕаhаја.
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan korang boleh sahaja layari laman web mereka di :
atau sekiranya mengalami sebarang masalah atau ada sebarang persoalan selepas membeli , bolehlah hubungi Customer Careline mereka di talian berikut :
0192862828
~ review di atas adalah dari pengalaman sendiri AJ selama hampir dua minggu penggunaan BROKOLI Scalp Booster. Masalah dan jenis kulit kepala yang berbeza mungkin akan mengambil masa, tempoh dan keserasian yang berbeza untuk menampakkan hasil keberkesanannya. Rujukan dan sumber maklumat produk ialah dari www.imaanworld.com~
0 Comments