Alhamdulillah, Adik Ika menerima tawaran menyambung pengajian di peringkat degree di UiTM, Shah Alam di fakulti Kejuruteraan Elektrikal. Cantiknya perancangan Allah swt buat kami sekeluarga juga kerana dia bakal meneruskan pengajian bersama Kak Long di kampus yang sama, cuma berlainan fakulti. Mudah sangat dah urusan kami sekeluarga dengan jarak yang tidaklah terlalu jauh masih dalam negeri Selangor ni. 

Apa sahaja yang ana rasakan mungkin memberi manfaat buat mereka yang tercari-cari maklumat akan ana kongsikan di sini. Selepas bersetuju menerima tawaran pengajian yang di tawarkan dari laman UPU. Langkah seterusnya ialah membuka akaun bank panel mengikut IPTA yang telah di tetapkan untuk proses pembayaran yuran. Dan bagi pelajar yang memohon pinjaman PTPTN, langkah pertama yang korang perlu lakukan ialah membeli pin nombor di BSN yang berharga RM5
 ( butirannya di SINI .Kemudian korang kena buka akauan SSPNi yang juga pernah ana kongsikan di SINI .





Seawal 8:50 pagi kami dah terpacak depan Bank Islam. Bila ana tengok di pintu utama baharulah kami tahu waktu operasi Bank Islam di cawangan Rawang ni pukul 9:30 pagi. Kami pun beredar dan pi sarapan pagi dahulu. Jam 9:30 kami datang semula ke Bank Islam dan dengan bantuan pegawai yang bertugas, Adik Ika di berikan borang buka akaun dan selepas mengisi butiran yang di perlukan, baharulah kami di berikan nombor giliran.

Apabila tiba giliran kami, Adik Ika di panggil ke kaunter untuk pengesahan dan memasukkan cap jari untuk pengenalan identiti. Apa yang perlu di bawa untuk urusan pembukaan akaun bank ialah  surat tawaran kemasukan ke IPTA dan juga kad pengenalan. Kedua-dua dokumen ini penting dan jangan lupa kay. Deposit yang perlu untuk membuka akaun Bank Islam ialah minimum RM100 sahaja. 

Kita perlu memasukkan deposit RM100 melalui mesin CDM dan kemudian Adik Ika akan di panggil semula untuk mendapatkan kad debit/atm bank. Kita perlu memasukkan pin nombor pilihan dan kemudian selesailah urusan pembukaan akaun di Bank Islam. Bolehlah ke mesin ATM untuk menguji kad atm/debit korang. 

Bayaran yuran pengajian UiTM melalui Bank Islam boleh di lakukan cara internet banking (online ), bayar di kaunter ataupun melalui ATM transfer.Semoga serba sedikit info ini dapat memberi penjelasan kepada anak-anak yang bakal membuka akaun di Bank Islam untuk meneruskan pengajian.

23 Comments

  1. Assalamualaikum lepas kita masukkan wang 100 tu, boleh kah kita ambil semula? Kiranya ambil dalam 20 ringgit, boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, pergi semula ke ATM dan withdraw balik cuma kena tinggalkan baki minimun RM20 kalau tak silap AJ :)

      Delete
  2. Hai kak AJ. entri ni sangat2 membantu :) terima kasih sangat2^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nik Ailya , semoga bermanfaat, In Shaa Allah

      Delete
  3. kalau bayar yuran uitm tapi tidak ada bank islam bolehka

    ReplyDelete
  4. Aslm kak AJ, nk bukak akaun bank islam just perlukn i/c dan surat tawaran ja kaa? Atau ada lagi selain itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Honey, Ye dua dokumen itu perlu di bawa dan juga wang deposit buka akaun kalau iku masa terbitan entri ini sebanyak RM100 sahaja dan pastu boleh je withdraw balik tinggalkan baki minimun RM20. :)

      Delete
  5. kalau kita nk byr yuran kt kaunter x perlu la kn bukak akaun@wajib bukak akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu buka kalau bayar di kaunter tapi kalau UiTM semua urusan yuran dan PTPTN atau Biasiswa adalah melalui Bank Islam kerana bank panel uni.

      Delete
  6. Kalau saya dah ada bank islam tak perlu buka buat yang baru kan?

    ReplyDelete
  7. Kalau tak cukup umur mcm mana pulak eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa sahaja surat tawaran uni , pihak bank akan uruskan in shaa allah

      Delete
  8. Macam mana ye, yg msukkn rm 100 dlm cdm tu, kira kita masukkan duit tu dlm acc kita sendiri ke apa, masa tu kiranya acc kita dah ada la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul masukkan ke akaun sendiri lepas dapat no acc nanti boleh tanya kat kerani kaunter tu kay :)

      Delete
  9. Assalamualaikum kak, masa kak buat acc bank tu.. Kak pilih qard saving account ke atau basic saving account?

    ReplyDelete
    Replies
    1. basic saving acc kalau tak pasti boleh bertanya pada kerani kaunter ye

      Delete
    2. Alamak kak... Tkpe ke tu klu terpilih qard saving acc

      Delete
    3. hubungi pihak uni atau bank dik, saya tak pasti sangat tentang ni ya.

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Ada Surat tawaran uni tapi tk berminat,bole ke daftar juga

    ReplyDelete