Nak makan pizza puas-puas , apa kata kita try buat pizza sendiri di rumah. Macam biasa Kak Long dengan Adik Ika bila ada di rumah ni,macam-macam depa nak buat. Makan jer kerjanya. Kebetulan ada lebihan sos pasta lebihan masak spaghetti bolognese sebelum nya, ana cuma perlu carikan bahan toppingnya sahaja. Untuk membuat doh pizza, Kak Long google resepi dan terjumpa tutorial dari blogger masakan hebat, Azie Kitchen. Terima kasih Puan Azie, ana olahkan mengikut pemahaman ana sendiri dan Alhamdulillah menghasilkan doh yang lembut dan gebu juga. 

Bagi yang sedang tercari-cari resepi membuat homemade pizza dan untuk rujukan ana di masa hadapan, ana terbitkan resepinya dan caranya di sini. Jom kita tengok bagaimanakah cara pizza homemade kami di hasilkan . 



Cara Buat Homemade Pizza 


Mula-mula sejam sebelum kita nak bakar pizza ni, kita perlu siapkan adunan doh nya terlebih dahulu untuk memberi nya naik gebu geban. 


Bahan bahan:

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan minyak masak ( resepi asal Puan Azie gunakan minyak zaitun ) 

Cara buat doh pizza :


1. Campurkan gula bersama air suam. Masukkan yis dan biarkan dalam 10 minit supaya dia hidup dan kembang. Berbuih seperti foto di bawah ni.




2. Ayakkan tepung gandum, letakkan garam. Buat lubang di bahagian tengahnya dan masukkan minyak masak. Kemudian di ikuti oleh adunan yis sedikit demi sedikit.

3. Satukan adunan dengan mencampurkan ke semua bahan tadi dan uli sehingga tepung tidak melekat pada jari. Jika terlalu basah, tambahkan tepung sehingga lah mendapatkan doh yang tidak melekat pada jari ketika mengulinya.

4. Bulatkan adunan dan lumurkan adunan doh dengan minyak masak. Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan selama 30 minit sehingga adunan mengembang 2 kali ganda dari adunan asal tadi. Ana bahagikan kepada beberapa bahagian kerana ingin membuat beberapa keping pizza bersaiz sederhana.



5. Taburkan tepung di atas papan pencanai, canaikan doh pizza sehingga leper. Taburkan tepung untuk tidak melekat.




6. Untuk topping pizza ni ikut sahaja lah pilihan dan citarasa atau bajet masing-masing kan. Yang penting korang kena ada sos pasta sebagai asasnya ( base ) dan juga mozarella cheese sebagai topping atas untuk menyedapkan dan menyatukan semua bahan topping tadi.



7. Sapukan sos pasta , taburkan bahan-bahan topping dan akhir sekali parutkan mozarella cheese di atasnya.



8. Dah siap bolehlah bakar dalam oven pada suhu 160'C selama 30 minit. Pastikan suhu tidak terlalu tinggi kerana ia akan membuatkan doh menjadi keras dan tidak gebu. Sejukkan dan makan lah kan, apa tunggu lagi. Homemade pizza yang enak di makan bersama keluarga.




Tengok pizza kami, boleh tarik-tarik gak cheese nya tau !! Rasa pun sedap dan rotinya pun lembut. Alhamdulillah. 

6 Comments

  1. bestnya. lapar pulak petang2 ni.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya pizza kak ana. Tq share resepi nanti cuti sekolah nak buat projek dengan cik qilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Miza, haah seronok ajak Cik Qilah buat sama-sama mesti suka tuu :0

      Delete
  3. Adoi.. Mengancam betul pizza homemade kak ana nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe try nanti ye Sha, buh je apa yang ada tu kasi penuh topping nya tu :)

      Delete