Musim durian lepas, Alhamdulillah memang puas dapat makan durian pemberian abang ipar ana dari Kuala Lipis, Pahang. Macam-macam menu ana sediakan untuk suami dan anak-anak yang memang kaki durian. Dari bubur kacang durian, kuah durian, durian crepe dan tak lupa juga sediakan cendol durian. Allahu bila ana jumpa semula gambar cendol durian ni, dah lah musim panas lit lit laa naa.. menggoda sungguh.



Homemade cendol durian 


Walaupun cendol nya bukanlah cendol buat sendiri, ana beli sahaja sepeket di kedai Acheh, tapi ana panggil homemade sebabnya kuah cendol tu ana buat sendiri. Kira acii laa kan. Untuk kuah cendol, ana masakkan santan pekat seketika di atas api perlahan. Supaya tak sakit perut bila di makan nanti. Kalau tak nak masak pun,boleh sahaja blend kelapa parut tu dengan air suam. 

Untuk gula melaka nya, panaskan sebuku gula melaka dan masukkan seikat daun pandan. Kalau tak cukup manis, campurkan gula perang supaya terasa kemanisannya. Dan ketika menghidangkannya, taadaa!! Masukkan ulas durian. Buh la ais kiub sebab di rumah mana ada mesin ais kan. Ermmm... memang lazat tak terkata. Makan lah sepuas-puasnya di rumah bersama keluarga.

0 Comments