Jimatkan Ruang Penyimpanan Beg Dengan Naturehike Travel Bag & Towel
Travel... bercuti, makan angin, urusan perniagaan dan sebagainya pasti kita akan cuba sedaya upaya membawa segala keperluan di dalam beg atau luggage. Sudahnya, tak muat beg, penuh dah tak tahu nak isi mana dah kan. Setiap kali travel, pasti kita akan penuhkannya dengan pelbagai cara agar tiada barang yang tercicir. Kalau boleh tak nak lah kena beli bila sampai ke destinasi yang dituju, jika tempat pelancongan misalnya, pasti harga berganda untuk barang keperluan peribadi.
Apa yang bakal ana kongsikan disini ialah cara yang dapat menjimatkan ruang penyimpanan tuala mandi dan barangan peribadi atau toiletry di dalam beg travel kita. Sangat relevan, menjimatkan ruang dan semua dalam satu. Naturehike memperkenalkan sebuah travel bag khas buat mengisi toiletries dengan ruang yang banyak tetapi kemas dan mudah pula untuk di gunakan di dalam bilik air bila tiba di destinasi yang di tuju. Pendek kata bawa terus ke bilik air tanpa perlu mengeluarkannya dari dalam beg.
Dengan adanya dua produk travel dari Naturehike ni, kita bukan sahaja dapat membawa segala keperluan peribadi tetapi juga menjimat ruang dan memudahkan penggunaannya. Jom ana share keistimewaan Naturehike Travel Bag dan juga keunikan Naturehike Travel Towel ni.
Naturehike Travel Kit Bag
Nampak seperti beg kosmetik biasa kan, yang selalu kita orang perempuan isi gincu, bedak dan sebagainya. Tapi jangan silap, ini ialah toiletry travel bag yang mana ia boleh memuatkan pelbagai produk penjagaan peribadi seperti berus gigi, pencuci muka, losyen, sikat rambut, ubat gigi syampu dan sebagainya.
Taadaa!!! Beg ini boleh di buka dan di lipat dan ruang penyimpanannya banyak dan tersembunyi. Bila kita lipat semula ia menjadi sebuah beg kecil yang boleh di muatkan ke dalam ruang luggage. Cermin pun di berikan PERCUMA di dalam salah satu poket beg ini,jadi tak payah risau nak bawa cermin ke mana-mana.
Bila di buka, terdapat cangkuk di bahagian atas untuk memudahkan kita menyangkutnya di dalam bilik air. Bermakna bawa terus beg ini ke dalam bilik air tanpa perlu mengeluarkan barangan di dalamnya. Ia juga diperbuat dari fabrik Nylon dan pastilah kalis air atau waterproof. Haa!! Tak perlu risau toiletry kita basah. Naturehike Travel Bag ini juga boleh di basuh atau washable.
Di datangkan dalam 4 warna pilihan iaitu hitam, ungu ( macam ana punya tu ) , biru dan kelabu.
Ermm... cuba tengok tu saiz Naturehike Travel Kit Bag ni selepas di lipat. Sangat menjimatkan ruang bukan, walaupun isi nya boleh dipelbagaikan. Jadi rugi sangat lah kalau kaki travel tidak memilikinya. Bagi yang berminat untuk memiliki Naturehike Travel Kit Bag ini tak payah risau, klik sahaja di SINI dan shopping secara online. Tunggu dulu... Khas buat pembaca blog www.anajingga.com, korang gunakan kod voucher ANATRAVEL dan untuk setiap pembelian akan mendapat diskaun 10% . Jangan lupa tau masukkan kod diskaun dari ana.
Naturehike Large Quick Dry Microfibre Towel
Yes!! Tuala memang satu lagi masalah bila nak bawa travel, melainkan kalau kita check-in di hotel memang tak perlu bawa tuala. Tapi kalau urusan keluarga seperti balik kampung atau untuk aktiviti suka dan riadah pasti lah kena angkut tuala sendiri kan. Punya lah makan ruang penyimpanan di dalam beg. Tebal ya amat, dah gulung pun masih tebal dan sudahnya ia sahaja dah memenuhi beg kita.
Jangan risau lagi, kini dengan adanya Naturehike Traveling Towel ni, ia bukan sahaja nipis, bersaiz kecil dan kompak bila di lipat dan di datangkan dalam pek yang kemas. Tapi bukan bermakna tuala nya pun kecil tau, tuala nya masih bersaiz besar.
Tuu diaa!! Saiz yang cukup besar untuk kegunaan lelaki dan wanita. Yang penting ia ringan dan tidak tebal. Jimat ruang penyimpanan di dalam beg. Ciri-ciri istimewa Tuala Naturehike Microfibre Towel ini ialah :
~ Amat kuat menyerap basahan pada badan, malahan mengeringkan rambut yang panjang juga dengan cepat.
~ Mengeringkan dengan pantas selepas di gunakan ( mudah nak simpan semula bila cepat kering ).
~ Testur woven dan antimicrobial
~ Di jahit dengan kemas
~ Bersaiz besar 130cm x 73cm
~ Amat kuat menyerap basahan pada badan, malahan mengeringkan rambut yang panjang juga dengan cepat.
~ Mengeringkan dengan pantas selepas di gunakan ( mudah nak simpan semula bila cepat kering ).
~ Testur woven dan antimicrobial
~ Di jahit dengan kemas
~ Bersaiz besar 130cm x 73cm
~ Mempunyai butang penyangkut untuk di gantungkan pada ruang bilik dengan mudah.
~ Di hasilkan dari fabrik berkualiti yang sangat lembut, elastik dan selesa di gunakan oleh semua golongan. Ana suka sangat kelembutan tuala Naturehike ni.
Sekali lagi jika ingin memiliki Naturehike Travel Towel ini klik sahaja di SINI dan buatlah tempahan secara online. Ada diskaun tak?? Pastinya ada potongan harga 10% dengan menggunakan Kod Voucher ANATRAVEL .
Banyak lagi produk-produk untuk aktiviti outdoor, perkhemahan dan rekreasi serta travel boleh di dapati dengan melayari ke www.pttoutdoor.com . Semua pembelian di PTT OUTDOOR adalah dengan tawaran penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia.
10 Comments
menarik dua2 item ni k.ana..macam nak beli pulak..
ReplyDeletekena beli macam Fiez kaki travel ni :)
Deleteterbaek. cantik bag ni :)
ReplyDeletebeli lah ejulz, senang nak travel kan :)
Deletebest towel ne. miza dah berkenan betul ne
ReplyDeletehaah Miza, selalunya towel memang berat dan makan ruang kalau nak bawa kan :)
DeleteBoleh boli ni.....next trip
ReplyDeleteboli yo jeBeta
DeleteWahh menarik ni. Boleh lah beli nanti, senang nak letak skincare semua dalam tu. Hehee
ReplyDeletetu lah Nani senang bawa terus ke bilik air kan :)
Delete