Pasar Malam Cameron Highlands Di Lokasi Baharu
Dah berpuluh kali naik Cameron Highlands,salah satu tempat wajib pergi selain dari Kea Farm ( kisahnya di SINI ) dan Mardi ialah pasar malamnya. Pasar malam di Cameron Highlands beroperasi setiap hujung minggu dari Jumaat hingga Ahad. Seawal jam 5 petang dah mula beroperasi. Jika sebelum ini, lokasi nya di pekan Brinchang di tengah-tengah bandar yang mengakibatkan kesesakan trafik yang teruk turun naik Brinchang - Tanah Rata, kali ini ana ke lokasi baharu nya pula. Di manakah lokasi baharu pasar malam Cameron Highlands sekarang ?
Lokasinya kini agak ke dalam sikit dari jalan utama, jadi kuranglah sesak trafik dan masalah parkir juga tidaklah seteruk di lokasi lama dahulu. Kira-kira dalam jarak 2 km lebih dari lokasi lama di antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu terletak di Golden Hills. Senang cerita kalau korang ternampak bangunan Villa Dahlia tu masuk lah ke lorong di hadapannya dan jalan terus sampai lah ke lokasinya. Susah-susah waze sahaja lah kan. In Shaa Allah sampai. Kawasan ni pun kawasan baharu juga, di kelilingi banyak bangunan baharu dan apartment.
Apa yang istimewa sangat pasar malam Cameron Highlands ni? Sebenarnya pasar malam ni tak jauh beza pun dengan apa yang ada di jual di Kea Farm. Kebanyakannya gerai menjual produk dari Tanah Tinggi Cameron , seperti produk strawberries, teh, sayuran , ubi keledek dan yang istimewa jagung mutiara Cameron Highlands. Banyak juga produk cenderahati untuk di bawa pulang. Paling ana suka, cendawan tiram kat sini, murah-murah dan segar-segar ya amat. Ana beli masa tu, 4 peket RM10, menambun bawa balik.
Best juga boleh beli makanan-makanan dari hasil tanaman Cameron yang segar seperti cendawan goreng depa yang sedap tu. Jus strawberri , jeruk strawberri dan macam-macam lagi lah. Dan pastilah seronok jenjalan di waktu malam di sini kerana cuacanya yang dingin. Ketika ana pergi masa tu suhu sekitar 18'C , sejuk sangat.
Jadi kalau korang bercuti ke Cameron Highlands, jangan lupa singgah ke pasar malam di Brinchang ni dan mencuba menu-menu serta membeli produk-produk dari tanah tinggi ni. Produk yang boleh di dapati di tempat asal kita tak yah la beli kan, buang karen je hehe 😊😊
4 Comments
Baguslah diubah tempatnya.. Tak adalah mengganggu lalu lintas dan lebih seronok nak berbelanja..
ReplyDeleteBetul tu Sha, kalau tak sesak yakmat kat area Brinchang tu kan, dengan parking nya lagi :)
Deleteaahh rindunya kimcam goreng
ReplyDeleteada eh, tak pernah try lagi :)
Delete