Masih kisah durian lagi kita ye.. antara menu pilihan ramai pastilah santan durian di makan bersama pulut. Kalau dapat pulut susu lagi heaven. Lembut lemak manis sangat rasanya. Pulut durian ni ana kukus sahaja pulutnya sebab tak berapa pandai nak tanak pulut. Kalau mak ana di kampung dia suka tanak pulut tu dengan santan. Ana ni bukan sahaja tak pandai tanak pulut, masak nasi atas dapur gas pun fail lagi. Mana tak nya , dah terbiasa masak dengan periuk nasi elektrik kan senang, sukat air, tekan je button siap masak dengan jayanya.



Cara nak kukus pulut




Ana rendam dahulu pulut ni dalam 2 jam sebelum di kukus. Letakkan dalam pengukus dan kukus sehingga lembut. Tuangkan santan pertama kemudian kukus sekali lagi. Bila dah di arun dengan santan ia akan menjadi lebih lembut. Kemudian tuangkan dan gaul rata sekali lagi dengan santan. Buh la secubit garam dalam santan tu, baharu lah lemaknya timbul,kata orang tua-tua. Kemudian kita arun lagi sekali. Bila dah masak sejukkan seketika.

Cara masak santan durian




Mudah sahaja nak masak santan durian ni. Masukkan santan, gula dan isi durian ke dalam periuk. Kacau selalu hingga menggelegak. Padam kan api siap dah.

Pulut durian ni boleh juga di makan dengan santan sahaja bersama ulas isi durian. Tapi ana suka kalau santan tu dimasak seketika supaya tak sakit perut. Santapan tradisional lama ni memang menjadi pilihan ramai bila tibanya musim raja buah ni. Sedap sangat kan..

3 Comments

  1. so yummmyyyyy!! :) tq share recipe

    ReplyDelete
  2. sedapnya...tapi kurang makan durian sekarang ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak Ana.. Terliur pulak di pagi hari nie..

    ReplyDelete