Sambutan Malam Merdeka ke 61 di Anggun City, Rawang
Pertama kali Anggun City, Rawang tiba-tiba dipenuhi ribuan manusia. Berbilang kaum memenuhi dataran Anggun City di hadapan skrin besar. Kereta sesak cuma selesainya disini banyak ruang parkir dan percuma. Ini semua gara-gara malam sambutan ambang Merdeka 2018. Anggun City menjadi salah satu lokasi pertunjukan bunga api.
Ana baharu sampai dari Shah Alam mengambil Adik Ika yang selesai minggu MDS di kampusnya. Lepas makan malam, kami balik ke rumah dahulu, solat Isyak dan buat apa yang wajib memandangkan malam itu malam Jumaat. Cari keredhaan Nya dahulu kan lebih afdhal. Jam 11:45 malam baharu kami ke Anggun City yang terletak tak sampai 3 km sahaja dari rumah.
Kenderaan dah mula penuh namun ruang parkir disini banyak , basement dan tepi jalan pun banyak. Dapat parkir kereta kami bergerak ke dataran dan memang sesak dah dengan rakyat Malaysia yang ingin sama-sama memeriahkan sambutan dan countdown malam Merdeka.
10 saat sebelum detik 12 tengah malam, countdown bermula dan tepat 00:00 dentuman bunga api bergema di langit Anggun City. Semua pandangan tertumpu ke langit yang fi terangi percikan bunga api. Cantik sangat.
Hampir 15 minit juga dentuman berterusan dan percikan yang terakhir adalah yang paling cantik. 12:15 pagi kami pun bergerak ke kereta dan pulang ke rumah. Selamat Hari Kebangsaan yang ke 61 buat tanahair tercinta. Malaysia ku semoga terus aman dan makmur serta sentiasa di dalam lindungan Allah swt. Semenanjung Tanah Melayu dan kini Malaysia akan terus menjadi lambang negara demokrasi berparlimen dibawah naungan Raja-raja Melayu di bawah Yang Dipertuan Agong yang dikasihi. Aamiin.
#kitapunya #sayangiMalaysia
3 Comments
Salam kemerdekaan
ReplyDeleteSayangi Malaysiaku
Bila Hari Kebangsaan paling best sebab dapat tengok bunga api macam ni lah. Heheh.
ReplyDeletewah meriahnya! sha pun ada jugak gi sambut tapi belum sempat update haha
ReplyDelete