Sayur goreng campur
Menu ringkas tapi sedap, sayur goreng campur lah kan. Menu ni lama dah ana masak sebenarnya, cuma baru-baru ni je sempat nak share dengan korang. Sayur-sayur segar yang ana beli ketika bercuti ke Cameron Highlands hari tu. Punya lah seronok membeli sayur-sayur segar ketika di Kea Farm hari tu. Rasa nak borong semua je sebab ana penggemar makan sayur sejak usia dah meningkat ni kan. Tak kira lah sayur kampung atau sayur di pasar-pasaraya sekali pun.
Sayur goreng campur
Sayur campur ni ikut lah apa sahaja jenis sayuran yang ada di rumah kita. Cuma ketika nak masak tu pastikan sayur yang lebih lambat masak kita tumiskan dahulu, dan sayur yang lembut dan cepat masak di masukkan kemudian. Dan masak pun jangan lama sangat kan, Layu sahaja sayur dan terus boleh padamkan api.
Tumis kan bawang merah,bawang putih dan cili, masukkan perencah kalau ada udang hidup atau ikan bilis. Masukkan sayur dan sos tiram. Rasakan dengan garam. Ana masak di rumah memang tak meletakkan serbuk perasa. Ana masak tanpa MSG di rumah ni. Jadi ikutlah selera masing-masing kan.
6 Comments
sayur campur adalah penyelamat kalo time blur nk masak sayur apa.. sukaaa ada cendawan. i loveeeee mushroom =D
ReplyDeletekann kalau ada tetamu sayur campur tu wajib lah kan hehe :)
Deletefebret ejulz ni. tapi kalau banyak kuah lagi sedap.. hehe
ReplyDeletebanyak kuah jadi sup sayur pula Ejulz hehe :)
DeleteSelalu jugak masak sayur campur macam ni, paling simple & sedap!
ReplyDeletekann Nani :) sempoi dan sedap
Delete