Bilakah waktu yang sesuai untuk posting di Media Social

Majoriti pengguna telefon pintar sekarang pasti ada akaun media sosial tak kiralah sama ada Facebook, Instagram, Twitter, Youtube malahan blog sekali pun. Ada yang menggunakannya sebagai medium bersosial sahaja dan ada pula yang menjana pendapatan melaluinya. Apapun matlamat dan kegunaannya, pasti setiap kali kita posting atau dalam bahasa hariannya update, kita ingin mendapatkan capaian yang tinggi di kalangan rakan-rakan di dalam rangkaian jaringan. Bayangkan setiap kali posting tiada 'like' atau 'komen' yang kita terima, bermakna tiada 'engagement' ( bukan pertunangan yer ) dalam post yang di terbitkan. 

Tapi jangan risau juga, kalau friends atau followers kita ramai, kadang-kadang bukan semua kaki like dan komen. Pasti ada juga yang nampak post tersebut cuma ia tidak mendapat engagement yang tinggi dan akhirnya tenggelam dari timeline. Ermm.. pening kan tak berapa faham :) Tak apa, engagement di media sosial hanya penting untuk yang menjana pendapatan dari akaun mereka sahaja. Contohnya peniaga online dan kami blogger ni lah. Kerana itu peniaga online ada strategi masing-masing dan ada yang mengambil kelas pengiklanan untuk meningkatkan engagement. Ia sangat bagus sebenarnya. 

Image result for social media

Waktu yang sesuai untuk posting di Media Social


Credit : https://blog.hootsuite.com/best-time-to-post-on-facebook-twitter-instagram/


Selain daripada mengikuti kelas, posting berbayar di media sosial juga boleh meningkatkan engagement cuma ia memerlukan modal. Dan untuk yang sambil-sambil macam kami blogger ni, banyak tutorial yang di terbitkan oleh sifu-sifu yang boleh di pelajari dan dipraktikkan untuk mendapatkan trafik dan engagement yang tinggi. Kena rajin sahaja mencarinya di carian-carian internet. 

Ana bukanlah pandai dalam bidang teknikal dan IT tetapi ingin juga berkongsikannya disini dan sebagai rujukan ana sendiri di masa akan datang. Ana terbaca perkongsian dari rakan FB Hasif Azizan yang post kan Tips waktu yang sesuai untuk posting di media sosial yang mana bila post pada waktu-waktu yang di nyatakan, ia akan membawa engagement yang tinggi. Ana sendiri pernah mengetahui sebelum ini dan telah pun mempraktikkannya dalam blog dan Instagram, setakad ini ada keberhasilannya, cuma tidak lah begitu tinggi. Mungkin ana tidak konsisten dalam mengikut waktu yang dicadangkan. Jadi kalau korang nak cuba , mungkin boleh guna pakai dari perkongsian ini. Tak salah mencuba kan. 

Waktu yang sesuai untuk posting di Facebook :




Mengikut foto di atas, hari Selasa merupakan hari yang paling kurang engagement, dan Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah waktu yang paling sesuai. Cuma pada percaturan ana sendiri pula, hujung minggu merupakan engagement paling rendah yang sering ana dapati . Mungkin waktu hujung minggu tak ramai yang menggunakan socmed dan lebih memperuntukan masa bersama famili dan kawan-kawan. Dan menurut diagram di atas juga jam 1-4 petang adalah masa yang sesuai untuk posting. Ana pula untuk hari bekerja lebih suka posting di awal pagi dan setakad ini berhasil mendapatkan engagement untuk post advertorial dan personal yang agak tinggi juga. Boleh lah korang cuba sendiri nanti kan dan lihat apakah hasilnya kemudian. 


Waktu yang sesuai untuk posting di Instagram 




Untuk Instagram pula cadangan waktu adalah seperti yang di atas. Hari yang sesuai ialah pada hari Isnin, Rabu dan Khamis dan paling rendah pada hari Ahad. Ini ana akui seperti yang ana nyatakan di atas tadi weekends engagement memang rendah jika di bandingkan pada hari bekerja. Agaknya orang Malaysia ni suka buka socmed time kerja ehhh hehe :) Nak relaks seketika barangkali, serius bekerja pun stress juga kan. 

Dinyatakan di atas waktu yang sesuai ialah ketika waktu makan 11am-1pm dan 7pm-9pm dan hari Rabu merupakan engagement yang paling tinggi yang boleh di capai. Ermm... kena check balik posting Rabu yang lepas-lepas banyak tak like hehe :) 

Waktu yang sesuai untuk posting di Twitter




Twitter ni paling ramai followers di kalangan orang muda belia kan, jadi agak relevan juga bila di katakan di atas Isnin-Jumaat waktu yang paling sesuai untuk posting. Biasanya mereka akan menggunakan twitter dan bersosial pada waktu-waktu hari bekerja dan hari ada kelas bagi pelajar. Waktu yang sesuai pastilah waktu break 12-1pm.

Waktu yang sesuai untuk posting di Youtube




Berbeza dengan Youtube, mungkin untuk melayarinya memerlukan waktu yang lebih senggang dan lama dan ada volume pula tu, pastilah hujung minggu adalah waktu yang paling banyak mendapat engagement. Berani nak buka youtube masa bekerja atau dalam kelas, memang tak lah kan. Jadi diagram di atas ana rasa amat relevan dan boleh di cuba. 

Dan untuk blog dan lain-lain lagi, bolehlah cuba cari tips-tips dari banyak perkongsian yang ada di carian internet. Blog selalunya ana lebih suka post di awal pagi, dan selepas jam 8 malam. Tak kira sama ada by schedule atau terbitan terus waktu-waktu begini sesuai untuk mendapatkan trafik. Cuma untuk kekal mendapat trafik yang tinggi secara organik, blogger perlu memasukkan teknik-teknik SEO agar mudah di capai di carian enjin. Itu bab lain dah, kena gali lagi kata Ogy Ahmad Daud.

Apapun , sebagai peringatan kita bersama, pastikan apa yang kita terbitkan, kongsikan adalah yang baik-baik sahaja. Bukan apa kena ingat malaikat juga membaca dan mencatat apa yang kita terbitkan. Banyak yang harus di ambil berat dan dijaga sebaik mungkin. Moga-moga akuan media sosial kita juga ada menyumbang saham akhirat yang baik dan bukan lubuk dosa yang minta di jauhkan. In Shaa Allah. 


*Credit photo to owner 

Bilakah waktu yang sesuai untuk posting di Media Social Bilakah waktu yang sesuai untuk posting di Media Social Reviewed by Ana Jingga on September 16, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Biasa guna waktu terluangsebelah malam selepas isyak

    ReplyDelete
  2. tq for sharing, AJ.
    ada jugak aida baca pasal ni.
    tapi aida kurang amik port since i am not lah ke arah buat review apa2 produk.
    but, penting kan utk tahu. agar blogpost kita di klik dan dibaca kan?
    not necessary utk paid review kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu Aida, engagement ni sesuai untuk yang ingin kan posting di media sosial, tapi blogger boleh sahaja menjana trafik melalui teknik SEO yang membolehkan entri kita di jumpai di carian enjin :)

      Delete

Powered by Blogger.