Drama Bahagia Bukan Bidaan TV3

Jam 10 malam, semua urusan dah selesai, time untuk berehat sambil menonton tv. Kali ini sekali lagi layan drama siri slot Samarinda di TV3 lakonan pelakon kesukaan ana pastinya Dato Adi Putra dan Zamarul Hisham. Padu gabungan hebat hero tanahair di gandingkan pula dengan seniwati Nora Danish yang kian hari kian matang membawakan watak dalam drama adaptasi novel Bahagia Bukan Bidaan. Episod dua sudah cukup meruntun jiwa wanita-wanita yang bergelar isteri dan pasti akan terus meleraikan perasaan episod demi episod hingga ke akhirnya nanti. 

Bukan sekadar konflik rumahtangga suami curang namun garapan mainan perasaan Hana yang terus di uji oleh kehadiran lelaki-lelaki dalam hidupnya.. Jom kita sama-sama tonton hingga ke episod akhir drama siri Bahagia Bukan Bidaan ini nanti.. Mulai tayangan 3hb September 2018 , 15 episod Terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd, dibawah arahan Eoon Shuhaini, penulis skrip Hessa Widad, slot Samarinda TV3 . Isnin-Rabu, 10:00 malam

Drama Bahagia Bukan Bidaan 


Bahagia Bukan Bidaan
kredit photo TV3

Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan 


Nora Danish sebagai Hana (Ain Farhana)
Adi Putra sebagai Nik Zachary
Zamarul Hisham sebagai Azlan
Ika Nabella sebagai Aina
Wan Sharmila sebagai Murni
Arja Lee sebagai Talha
Jonathan Putra sebagai Danny
Lisdawati sebagai Maksu
Fauzi Nawawi sebagai Paksu
Azri Sabri sebagai Lokman
Mak Wan Julia sebagai Rosnah
Sheryy Ibrahim sebagai Kartini 

Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan 


Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan selama 16 tahun demi dua anak mereka iaitu Hakimi dan Haida. Namun selepas mengetahui Azlan menjalin hubungan sulit dengan Aina, staf kepercayaannya, memberi satu impak besar pada kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan. Pengakuan Azlan bersama niatnya nak memadukan Hana dengan Aina menyedarkan Hana yang pengorbanannya dan usahanya menyelamatkan rumah tangga mereka selama ini sia-sia. Hana nekad untuk bercerai

Hana tidak tahan dengan sikap Azlan yang tak pernah berubah. Azlan menceraikan Hana dengan talak satu kemudian mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul dalam hidup Hana namun salam perkenalan itu tidak dilayan. Ini kerana Hana mahu hidup tanpa insan bernama suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana bersedia untuk terseksa buat kali kedua?


Kredit info : https://www.myinfotaip.com/2018/08/bahagia-bukan-bidaan.html
Drama Bahagia Bukan Bidaan TV3 Drama Bahagia Bukan Bidaan TV3 Reviewed by Ana Jingga on September 03, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. Sue pun tertengok semalam masa rehat-rehat dengan keluarga.. eh macam best la pulak kan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe time tu sesuai dah menonton kan Sue, hat pukul 7 tu tak leh nak layan, time suntuk untuk Maghrib :)

      Delete
  2. cerita febret tengok bersama dengan ibu mentua dia pun emo hahahha

    ReplyDelete
  3. Nani pun layan jugak drama ni. Heheh. Adi Putra kan berlakon, wajib layan.

    ReplyDelete
  4. wife ejulz dah start tgk drama ni dah.. ejulz malas nak layan cerita kisah curang2 ni. hehe.. baik layan blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe orang pompuan memang suka layan pastu kami yang emo balik hehe :)

      Delete
  5. Mrs. A pun layan juga citer ni.
    Tapi tulah scene Nik dengan Hana sikit jer... huhuuuhu...
    Tak baca novel tu so tak tahu pula Nik tu dah kahwin bukan ke dia kata solo

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tonton sampai episod akhir nanti Mrs A :)

      Delete

Powered by Blogger.