Bukan ikan sardin dalam tin yer, ini ikan sardin segar tu. Kalau kat Teluk Intan, kami panggil ikan cerut hehe :) Bentuknya yang panjang dan itam macam cerut tu agaknya kan. Ikan ni selalu nya kalau di jadikan menu ana goreng je, cicah dengan budu sedap makan panas-panas. Kalau masak laksa pun, ana suka gunakannya buah kuah sebab isinya banyak dan tak bertulang kan. Mudahnya perisikan.



Ikan sardin masak taucu


Sedap ke ikan sardin masak taucu ? Beberapa hari lepas, suami ada bercerita ada kawannya chef masak ikan sardin tu buat masak taucu. Sedap !! Suami pun suruh ana beli dan masak try katanya. Ermm.. idea baru ni kena cuba la kan. Ana beli empat ekor ikan sardin dan sepeket taucu Bilal. Bawa balik ana masakkan taucu. 




Resepi ikan sardin masak taucu


Bahan-bahan: 

Ikan sardin - dibersihkan dan goreng dengan garam dan kunyit.
Satu paket taucu
Bawang besar
Bawang putih
Halia 
Cili hijau
Timun
Tomato 
Garam
Air asam jawa

Cara masak  ikan sardin masak taucu

Kesemua bahan di hiris.

Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia. Masukkan taucu dan gaul.

Masukkan timun.

Tambahkam sedikit air asam jawa yang tidak terlalu pekat. Sekadar nak basahkan nya sahaja.

Masukkan tomato, ana gunakan tomato ceri dan hirisan cili hijau.

Rasa dahulu sebelum perlu atau tidak masukkan garam  kerana taucu dah masin dan ikan goreng juga dah bergaram.

Masukkan ikan yang siap di goreng tadi dan siap. 



Sedap juga lah, ikan sardin ni bila di masak taucu. Boleh lah nak ubah-ubah selera sekali sekala kan. 



4 Comments

  1. Sedap3.
    Pn is3 selalunya gunakan ikan gelama

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ikan gelama pun sedap, cuma isi nya hancur sikit kan WP :)

      Delete
  2. aduhai. sedap nyer masak taucu.
    aida biasa buat jugak.
    letak cili ijau kan. sedap!

    ReplyDelete