Ikan Siakap Kukus Tomyam

Selalunya kita biasa dengan menu ikan siakap kukus. Kali ini ana cuba pula letakkan pes tomyam untuk memberi sedikit kelainan rasa. Pes tomyam Thai yang ana gunakan ini memang sedap dan tak terlalu pedas. Cukup rasa masam dah tak perlu masukkan perahan jus limau lagi.

Siakap kukus tom yam




Bahan-bahan :

Ikan siakap bersihkan dan kelar
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Bawang merah dihiris
Cendawan butang dihiris nipis
Cili api 
Tomato dibelah empat
Lada sulah
Garam
Pes tom yam Thai
Daun bawang di hiris


Cara masak siakap kukus tom yam

Mudah sangat letakkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan kukus hingga masak dalam 20 minit. 

Selamat mencuba :) 

Ikan Siakap Kukus Tomyam Ikan Siakap Kukus Tomyam Reviewed by Ana Jingga on September 23, 2018 Rating: 5

10 comments:

  1. seksi ikan tu.. boleh cuba ni nanti. cheq suka ikan kukus. tapi jarang buat siakap sebab besar sangat. ikan kembung je slalu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha seksi sebab tu kak AJ selimut kan dengan daun bawang hehe :)

      Delete
  2. Macam sedap pulak ikan kukus rasa tomyam. Nak cuba lah. Thanks share resipi.

    ReplyDelete
  3. tentu sedap, lebih2 lagi kalau pakai ikan siakap laut (bukan yang bela )

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan WP ikan segar dari laut lagi sedap tu :)

      Delete
  4. mesti rasa tom yam kan. selalu masak siakap stim je. boleh la cuba resepi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Mar ada rasa ala-ala tomyam ikan kukus kita nanti :0 cuba lah yer :)

      Delete

Powered by Blogger.