Jom menyemai benih cili

Beberapa bulan lepas cuaca agak panas terik di siang hari kan. Kebetulan ana tertinggal sebiji cili merah di atas peti sejuk di dapur. Sampai kering kawan tu jadinya. Bila mengelap peti sejuk tu, baru nampak. Ana ambil dan saja-saja belah dan nampak bijinya kering bertaburan. Ana ambil dan tabur dalam pasu di belakang rumah. Masyaa Allah... bila anak lihat minggu lepas, kan main meriah anak benih cili ni tumbuh. 




Mungkin kebelakangan ini hujan turun agaknya, tumbuh subur anak-anak cili tu. Suami ana kata kalau hidup semua ni, dah boleh buka ladang cili ni hehe :) Perli laa tu. Sebab kan sayang pula tengok kesuburan anak-anak benih cili ni, ana beli beberapa keping polybeg (betul ke ejaannya tu ) dan tanah di di kedai Eco Rm2  , ana semai kan anak-anak benih di di dalamnya. Haa.. ana semaikan 4_5 benih dalam satu beg, dengan harapan kalau salah satu benih tak menjadi ada la back-up hat lain tu untuk hidup. Kan main guna strategi lagi. 





Sehingga hari ni makin membesar nampaknya benih-benih cili ana ni. Kita tunggu ada rezeki nanti ana pindahkan pula ke pasu atau beg hitam  yang lebih besar. Mana tahu dengan izin Allah swt, boleh mengeluarkan buah cili bila tiba masanya nanti. Panjang umur ana update kay perkembangan benih-benih cili ni. In shaa Allah. 
Jom menyemai benih cili Jom menyemai benih cili Reviewed by Ana Jingga on September 19, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. Mudah2an dapat hasil yang lumayan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, in shaa Allah WP :) mudah-mudahan

      Delete
  2. Wah bestnya ada laman sendiri. Boleh menanam ha. Insya Allah semua menjadi cili kak ana tu.

    ReplyDelete
  3. wah mudah ye.
    aida ni berangan nak bertani nanti, di laman rumah baru, in shaa Allah.
    terutama cili padi. mudah sgt tu tumbuh nyer.
    akan cuba la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah semoga dipermudahkanNya buat aida nanti :)

      Delete
  4. berbudi pada tanah.. insyallah ada hasilnya =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.