Kuih Sagu Abok-abok

Ingat tak beberapa hari lepas ana ada terbit kan resepi puding sagu gula melaka di SINI   haaa seperti yang dijanjikan memang ada lebihan sagunya. Jadi untuk tidak dibazirkan, ana olahkan semula menjadikannya satu lagi resepi lama tradisional kita kuih sagu atau kami panggil kuih abok-abok. Kalau di kampung kami panggil dia kuih golek gelantang maksudnya dalam bahasa Perak kuih tu bergolek-golek jer atas kelapa parut hehe . 




Inilah kuih sagu abok abok ana, korang pernah makan tak? Korang panggil kuih ni kuih apa kat tempat korang ? Senang je nak buatnya. Kalau buat juadah buka puasa ni, Subhanallah sedapnya.. sejuk lembut je masuk tekak kan.




Resepi dan cara buat kuih sagu abok abok 


Bahan-bahan kuih sagu abok abok : 

1 cawan sagu kecil ( ada yang dijual dah siap berwarna )

Beberapa sudu gula 

Pewarna merah ( ikut suka nak warna apa pun hehe :) 

3 cawan air 


Cara masak sagu : 


1. Bersihkan sagu pada aliran air paip dan toskan. Biar tepung kanjinya keluar. 

2. Didihkan air dan masukkan pewarna dan gula.

3. Masukkan sagu dan kacau sentiasa sehingga jernih bijian sagunya. Pastikan api kecil kalau tak hangus di bahagian bawah nanti.

4. Bila dah jernih sagunya, tutup api dan tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sebelum masukkannya ke dalam peti sejuk.





Dah sejuk bila nak di hidangkan, boleh korang potong atau ceduk dengan sudu dan golek-golek kan di atas kelapa parut yang di gaul dengan garam terlebih dahulu. Ana suka kukus seketika kelapa parut ni.







Kuih Sagu Abok-abok Kuih Sagu Abok-abok Reviewed by Ana Jingga on September 12, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. fav miza tapi tiap kali buat mesti tak jadi. Nak kena test pakai resepi kak ana pulak lepas ne

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn kuih sagu..suka yg lembik2

    ReplyDelete
  3. lama xmakan kuih ni... sedappppnyee

    ReplyDelete
  4. saya selalu buat tak jadi. sedap kuih ni

    ReplyDelete
  5. Sedap kuih ni kak Ana. Nani baru tahu namanya kuih sagu abok abok. Hahah! Selama ni panggil kuih sagu kelapa aje.

    ReplyDelete
  6. Favorite juga kuih ni ana. Nanti nak cuba buat guna resepi ana ni pula. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. cheq panggil kuih telur katak wahahaha.. fevret ni sedap. tapi kalo kat kelapa tadak garam rasa macam turn off sikit. da biasa makan ada rasa garam =D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.