Selalunya di Selangor ni biasa sangat makan nasi kerabu orang Pantai Timur sama ada Kelantan atau Trengganu. Mungkin ia lebih dikenali kerana ramai orang Pantai Timur berniaga dan pemastautin di sini. Amboi ayat, skema habis.. hehe :) . Beberapa hari lepas ana dan suami sarapan pagi di LCCT Cafe, Saujana Rawang. Boleh terjumpa nasi ulam versi utara ni. Terus ana ambil sepinggan dan makan pula berlauk kan rendang limpa. Masyaa Allah..sedapnya. 




Selera orang kampung dan umur pun dah kian meningkat ni, Allah swt beri menu sebegini lah yang menambat selera makan. Alhamdulillah. Kalau dulu-dulu memang tak teringin pun nak makan menu-menu macam ni.




  1. Beza nasi ulam dengan nasi kerabu 


Bila dah menikmati kedua-dua juadah tradisional ni ana dapat simpul kan perbezaan antara kedua menu ini secara rawaknya. Tak semestinya betul tau, ini satu pandangan peribadi ana sahaja. 

Pertamanya nasi kerabu ni berkuah tumis, budu dan berlauk serta sambal yang di letakkan berasingan. Bila nak makan baharu di gaul. Sedangkan nasi ulam orang utara kami main campur gaul semua sekali . Terus ngap makan dan ia kering tanpa kuah membasahinya.

Kedua, nasi kerabu selalu nya berwarna biru dari bunga telang, tapi nasi ulam menggunakan nasi putih biasa sahaja.

Ketiga, nasi kerabu selalu menggunakan ulam bersama taugeh dan nasi ulam lebih kepada pucuk-pucuk kayu hijau. Menurut mak Ana, kalau nasi ulam yang benar-benar asli tu kena letak berpuluh jenis ulaman daun hijau di dalamnya. Segala nekapucuk kena ada. 

Ke empat, nasi kerabu disajikan dengan serunding ikan segar tetapi nasi ulam di gaul terus dengan serunding ikan bilis atau udang kering yang di tumbuk lumat. 

Haa setakad ini ada empat je perbezaan antara nasi kerabu dengan nasi ulam yang dapat ana tafsir kan.. korang kalau tahu boleh pah tambah di ruang komen naa.. kita berkongsi ilmu hari ni.. :) 

6 Comments

  1. Suka nasi kerabu.
    nasi ulam jarang2 jumpa.

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa kak Ana. Nani kalau teringin nak makan ni sokmi suruh nenek lah yang buatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kalau kat kampung senang nak dapat ulam-ulaman segar nani :)

      Delete