Fuhh! Terkasima seketika bila ana dapat tahu SAFI yang merupakan rangkaian penjagaan wajah paling di percayai wanita masa kini telah mengeluarkan set penjagaan wajah TERBAHARU dengan lebih RnD Terkini !! Ana yakin ramai wanita di luar sana telah sebati dengan jenama SAFI dan bagi yang serasi telah menggunakannya untuk ke sekian lama, termasuklah ana sendiri pengguna tegar SAFI. SAFI memiliki pelbagai produk sesuai dengan peringkat usia dan jenis kulit dan andainya serasi pasti kita akan kekal dengan nya kerana bukan sahaja selamat tetapi mudah untuk di beli dari mana-mana pasaraya atau farmasi di seluruh negara. Kan senang :) Apakah yang TERBAHARU dari SAFI kali ini ? Jeng!Jeng!Jeng! Memperkenalkan SAFI DERMASAFE 



SAFI DERMASAFE – Rangkaian Produk Pembersih Muka


Mulakan transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara kecantikan terbaharu daripada SAFI – Jenama Halal No.1 Malaysia. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia.

SAFI DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal , mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi ,pewarna , alkohol , minyak mineral dan ujian keatas haiwan.




SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya.




“Semenjak mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, SAFI memahami impian setiap wanita yang mahu memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. Inovasi kecantikan SAFI merangkumi pelbagai jenis rangkaian produk penjagaan wajah setiap satu dibangunkan dan dipasarkan untuk keperluan khusus kulit yang berbeza. Kami percaya Penggunaan produk penjagaan wajah yang bersesuaian adalah kunci kepada raut wajah mempesona” jelas Aishah Zulkifli, Eksekutif jenama SAFI.

Tambah beliau lagi, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup. Ia menjadi tunggak disebalik pelancaran SAFI DERMASAFE rangkaian produk “mesra Kulit” diuji secara dermatologi yang amat sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.




“Diantara faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini”.

Tambah beliau lagi, “Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif.



Rangkaian produk dengan formulasi bebas Alergen dan “mesra kulit” adalah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta pencegahan awal dengan rutin produk penjagaan kulit yang betul dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk.

Lengkapkan rutin penjagaan wajah SAFI DERMASAFE anda dengan 5 jenis produk rangkaian ini iaitu SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care , SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle, SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh, SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate & SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover.



Rangkaian Produk SAFI DERMASAFE 

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care



Pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah. 

Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.

CARA PENGGUNAAN: Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM28.90  (150ml)


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle





Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri. 

CARA PENGGUNAAN: 
Picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit dengan air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM19.90 (100g)


SAFI DERMASAFE – Rangkaian Produk Penyegar & Pelembap Muka

SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh


Diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.

CARA PENGGUNAAN:
Pejamkan mata dan sembur ke muka 1 – 2 kali dan biarkan ia  kering dengan semulajadi. Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan untuk memastikan solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera .Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM 39.90 (100ml)

SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate






Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.

CARA PENGGUNAAN: 
Oleskan ke muka dan leher yang  bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA: RM35.90 (50g)

SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover 




Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.

CARA PENGGUNAAN: 
Oleskan ke muka dan leher yang  bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA:RM48.90 (50g)

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE  boleh didapati secara ekslusif di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, 

Layari laman sesawang rasmi SAFI  di www.safi.com.my 




Ayuh kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi kisah transformasi kulit sihat dan kejayaan SAFI anda dengan memuat naik foto atau video anda di profil media sosial anda berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE dan #SAFISKINSTORY





~MENGENAI JENAMA SAFI~

Jenama SAFI di lancarkan pada tahun 1985 dengan rangkaian minyak wangi, 
talkum dan deodoran. 
Kemudian rangkaian produk SAFI diperkembangkan dengan kehadiran produk penjagaan kulit muka. Pada tahun 1999, jualan rangkaian produk SAFI melonjak apabila ia muncul dengan reka bentuk bungkusan produk yang lebih moden dan feminin.

Kini, SAFI menawarkan produk penjagaan kulit muka, ubat gigi, 
syampu,deodoran, talkum, seleksi produk kosmetik, penata gayaan rambut, 
produk penjagaan peribadi wanita dan juga produk mandian. SAFI merupakan jenama terbesar Wipro Unza (M) Sdn Bhd semenjak tahun 2005.

10 Comments

  1. Wah, ada produk baru dari Safi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Zumal sesuai untuk yang berkulit sensetif kerana telah ada rnd terbaharu dari Safi :)

      Delete
  2. Cantik dan nampak advance packaging produk terbaru safi ni. Rasa nak cuba pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuu laa nampak lebih international gituew kan AS :)

      Delete
  3. eh ada produk baru pulak... ekin pun pengguna tegar safi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah cari di watson mana tahu serasi kan Ekin :)

      Delete
  4. Replies
    1. diyakini dan selamat di gunakan, in shaa allah

      Delete
  5. Kalau muka masih ada jerawat halus sesuai tak guna produk ni...muka sensitif dgn habuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah boleh mencubanya kerana produk Safi Dermasafe ni sesuai untuk kulit wajah sensitif dan penghasilan dari dermathology test .

      Delete