Kanak-kanak tanpa gadget... masih adakah di dunia serba moden dengan alam cyber menguasai kehidupan. Jangan kata kanak-kanak, malahan orang dewasa sekali pun tak lekang dengan gadget khasnya smartphone. Inilah realiti arena kehidupan. Ada ketikanya, ana bersyukur walaupun di anggap konservatif, it's okay.. Ana dahulunya membesar di era tanpa gadget dan Alhamdulillah zaman anak-anak juga melaluinya sebelum dunia gadget menguasai. 

Ketika Kak Long dan Adik Ika membesar awal tahun 2000 mereka masih bermain dengan aktiviti nyata tanpa maya. Mereka bermain permainan masak-masak, main anak patung, suka menonton kartun, mengumpul sticker , mengumpul dan membaca buku cerita dan paling suka mewarna serta lain-lain lagi aktivit bersama. Lebih bersyukur juga mereka melalui apa yang ana pernah lalui sebagaia kanak-kanak perempuan suatu waktu dahulu.


permainan masak masak kanak-kanak


Hobi & permainan kanak-kanak perempuan


Bermain masak-masak 


Waktu itu antara permainan yang paling di gemari anak-anak perempuan adalah bermain masak-masak. Waktu ana dahulu lagi lah penuh kreativitinya kerana kami tidak miliki dana ( cewahh dana ... ) yang banyak untuk mak abah membelikan bahan-bahan mainan masak-masak ni. Ana waktu itu ada pinggan mangkuk mainan namun untuk lebih real lagi, kami gunakan periuk lama arwah opah untuk main masak-masak. Dulu-dulu kami petik bunga-bunga di laman rumah dan masak dengan bunga-bunga tu. Siaplah kena jerit dengan mak saudara kerana habis bunga-bunga yang berkembangan kami petik dan hiris buat lauk dan sayur. Hehe..

Bila era anak-anak ana sekitar tahun 2000 , ana selalu belikan permainana alatan memasak di pasaraya. Waktu itu pun tak lah mahal mana barang mainan masak-masak ni. Dan kalau yang berjenama dan agak mahal pula selalunya ana jadikan reward atau hadiahkan pada mereka bila mereka cemerlang dalam peperiksaan di sekolah atau pun ketika hari lahir. Mereka boleh pilih sendiri permainan apa yang mereka mahu sebagai hadiah atas kecemerlangan mereka kan. 



Permainan anak patung 


permainan kanak-kanak

Selain dari main masak-masak dengan pinggan mangkuk mainan mereka juga mempunyai koleksi anak-anak patung. Antara yang masih ada hingga hari ini ialah koleksi Barbie dan juga patung Polly Pocket yang halus-halus tu. Selalunya ana belikan dari Toy-r-us . Setiap kali mereka nak claim rewards ke sana lah permintaan mereka. Bermain anak patung ni. siap ada rumah mereka sekali. Asyik-asyik tukar baju jer kann... Leka bermain dengan anak-anak jiran kadang-kadang di hujung minggu atau lepas waktu sekolah. 

Beza dengan zaman ana dahulu, anak patung kami jenis yang keras dah siap berbaju tu. Tapi cantik sangat tak banyak pun ada lah satu dua. Selain itu kami main anak patung kertas lah yang lebihnya. Siap lukis-lukis hasilkan baju nya. Tak lupa juga anak patung kain yang diperbuat dari kain putih gulung kecil dan depa tangan lurus hehe :) Tak ada pula gambar nak tunjuk kat korang. Baju-bajunya kami gunting buat dari perca kain sahaja. Kreatif tak ?? 

Kumpul Sticker 


sticker kanak-kanak


Dari zaman ana hingga lah ke zaman anak-anak perempuan ana berdua ni gemar sangat mengumpul sticker comel-comel dan berwarna warni. Kalau sekitar tahun 1980-90an dahulu tak banyak pilihan sticker kartun. Yang ada pun Mickey Mouse, Minie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck dan beberapa lagiu karektor kartun Disney. Sticker-sticker ini kami beli lebih duit belanja sekolah masa tu dari gerai nyonya jual ais di tepi jalan sementara menunggu bas sekolah. Adoi nostalgia sungguh. 


sticker kanak-kanak


Berbeza pula ketika era anak-anak ana , terdapat pelbagai jenis sticker dan gambar kartun pelbagai pilihan malahan watak-watak dalam filem terhangat masa itu antaranya High School Musical dan Hanna Montana. Cantik-cantik sticker nya beza lah dengan zaman ibunya dahulu. 


sticker kanak-kanak



sticker kanak-kanak


Menarik kan, antara koleksi sticker anak-anak yang masih tersimpan hingga ke hari ini. Mereka ni rajin membeli tapi tak semua yang akan mereka lekatkan pada pensel case atau buku. Ada juga sticker's album yang mereka akan simpan di dalamnya. Waktu itu juga tak mahal mana satu set sticker dalam 50 sen ke seringgit sahaja harganya. Pantang nampak mesti ajak ibu ayah nak beli. 


Buku mewarna 


buku mewarna kanak=kanak


Haa.. ini lagi satu koleksi anak-anak ana ketika kecil. Buku mewarna.. selalunya mereka suka lukisan gambar ala-ala princess dan gadis-gadis cantik dengan gaun-gaun kembang. Tekunlah mereka akan siapkan mewarna mengikut imaginasi masing-masing. Selalunya mereka mengguna kan pencil colour sebagai medium mewarna. Jenama waktu itu pastilah LUNA atau Stabilo sebab ia tahan lama dan tidak mudah patah bila di asah. 


buku mewarna kanak-kanak


Seingat ana juga, buku mewarna ni di jual dalam harga 50 sen ke atas jugalah. Terdapat pelbagai lukisan untuk di pilih. Waktu anak-anak bersekolah dari tadika hingga lah ke sekolah menengah ana akan menghantar dan mengambil mereka sendiri. Bawa juga dua tiga orang anak jiran sekali waktu itu, dan selepas sahaja waktu sekolah depa mesti akan ajak singgah kedai untuk beli sama ada sticker, anak patung kertas ataupun buku mewarna ni. Pandai pula simpan lebih duit belanja tu. 

Buku-buku cerita 


buku cerita kanak-kanak


Dan selain dari yang ana nyatakan di atas, mereka juga suka sangat beli buku-buku cerita. Tak kira dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Waktu itu ana memang suka pergi ke pameran dan jualan buku di sekitar KL dan Selangor ni. Badget mereka mesti kena ada juga sebab kalau nampak sahaja buku cerita bukan main excited nak beli. Nak-nak lagi buku cerita Fairy Tales, dah ada cerita yang sama macam Cinderella tu masih nak beli juga. Dan ketika mereka di sekolah pula ada projek NILAM di mana murid-murid akan mengisi laporan jumlah buku yang mereka baca. Lagilah bertambah koleksi buku cerita di rumah. Hampir setiap tahun mereka berdua memenangi hadiah dalam pertandingan NILAM ni. 

Namun Alhamdulillah kebanyakannya masih ada hingga ke hari ini dalam keadaan yang masih baik lagi. Anak-anak ni kita perlu didik untuk menyayangi dan menghargai barang-barang koleksi mereka. In Shaa Allah mereka akan menjaganya dengan baik. Sediakan bilik tidur mereka sendiri dan kita sebagai ibu ayah keluarkan sedikit modal untuk mendekorasi bilik tidur anak-anak. Bila bilik mereka cantik dan kemas, biarkan mereka susun atur sendiri koleksi permainan atau buku-buku mereka.

 Dengan cara ini, ia memberi signal untuk mereka sayang barang-barang mereka dan akan pastikan ia terjaga dengan baik. In Shaa Allah,  sifat ini akan terbiasa hingga lah mereka dewasa nanti. Sentiasa jadikan rumahku syurgaku sebagai penanda arasnya. Syurga itu indah, cantik dan bersih walaupun kita belum lagi pernah melihatnya dan apply kannya ke dalam minda anak-anak untuk pastikan sentiasa cantik , kemas dan jagai koleksi peribadi mereka..



8 Comments

  1. Syoknya jadi kanak-kanak. hehe. Memang berbeza mainan budak sekarang dengan budak dulu-dulu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin masih ada parent yang berikan mainan macam ni kan Mia cuma majoriti kanak-kanak sekarang berminat pada gadget :)

      Delete
  2. Zaman kak dulu anak patung dari kain saja. Bila besar sikit main anak patung dari kertas. Lukis sendiri buat baju dari kertas juga. Sapa yg pandai dan kreatif akan buat baju yg cantik corak dan warnanya. Lepas tu baru masuk anak patung kertas yg dijual di kedai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak mala, ana pun merasa juga main anak patung kain tu hehe :0

      Delete
  3. budak yang mkcik sha mengasuh kan kalau bagi tengok youtube, dia taknak haha dia nak main bola, nak lari lari, nak conteng buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa bagus tu bosan juga kan asyik layan skrin je agaknya :)

      Delete
  4. Anak-anak sha memang adalah koleksi sticker, buku mewarna, buku aktiviti dan juga buku cerita.. Sha kurang suka bagi gadjet kat anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sha, kita seimbang kan perkembangan anak-anak ni kan, jadi mereka lebih explore alam kanak-kanak mereka sepuasnya

      Delete