Tak pernah teringat pun jika sebelum ini ana pernah menanam pokok senduduk ni di halaman rumah. Kalau di kampung tu memang ada pokok senduduk yang wancu tanam. Benihnya seingat ana wancu beli dari nurseri Sungai Buluh lama dah dahulunya. Wancu kata masa tu memang nak sangat pokok senduduk berbunga warna ungu tua ni. Dan seumur hidup ana ni juga setakad ini Alhamdulillah pernah melihat tiga jenis warna bunga senduduk iaitu ungu tua, ungu muda (pink) dan warna putih. Selain dari tiga warna ini tak pernah lagi ana temui. 

Berbalik pada kisah pokok senduduk di halaman rumah ana ni, tahu-tahu sahaja ana lihat dah ada pokok senduduk menumpang di dalam salah satu pasu bunga yang ada. Ana pesan siap-siap pada suami agar jangan membuangnya. Takut di ingatkan pokok tumpang lain , kena cabut pula kan. Ana nak tunggu warna apakah bunga senduduk ini nanti. Masyaa Allah... bila ia mula berputik hari-hari ana tunggu bila kah akan berkembangnya sang senduduk. 

Bunga senduduk pink 







Dan dengan izinNya, kuntuman senduduk berkembang mekar indah dengan warna ungu muda atau ala-ala pink gituew. Subhanaallah... cantiknya. Kembang yang pertama kali tak dapat ana ambil gambarnya kerana ketika itu hujan sebelah pagi, ia kembang seketika cuma kemudian kudup di basahi hujan. Dan kali kedua ini, Alhamdullah.. setangkai empat kuntum terus berkembangan dan ana abadikannya disini sebagai tatapan dan kenang-kenangan. 


Bunga senduduk ungu tua





Dan inilah pula bunga senduduk ungu tua yang mekar di laman rumah ibu saudara ana di Teluk Intan. Pokok benih ini lah yang di beli wancu ketika kami ke nurseri Sungai Buloh beberapa tahun lepas. Memang agak rare juga untuk berjumpa senduduk warna ungu tua macam ni kan. Cuma yang berwarna putih sahaja yang belum ana miliki atau di tanam di halaman kampung. In Shaa Allah, mungkin lepas ini ada rezeki nak cari pula benih pokok senduduk putih seperti dalam gambar di bawah tu. 

Senduduk putih 


Image result for bunga senduduk
credit photo : herbsrich.com 

Khasiat daun senduduk 


Pokok senduduk ini bukanlah tanaman yang biasanya di tanam dan terjaga pun. Ianya sering kali tumbuh meliar di kebun-kebun dan kebanyakannya di cantas dan ditebas oleh pekebun untuk membersihkan kawasan tanaman. Cuma peminat bunga sahaja yang akan memelihara nya sebagai tanaman hiasan kerana warna bunga nya yang cantik. 

Dari pembacaan di blog-blog pertanian dan tanaman herba ana dapati banyak perkongsian tentang khasiat alam pada tumbuhan senduduk ini. Antaranya : 

1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

6. Mengatasi Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.
kegunaan:

Sumber : https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah/photos/info-dan-khasiat-pokok-sendudukpengenalan-ianya-adalah-sejenis-pokok-renek-yang-/10153250124074553/


Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin.Masih ana ingat arwah opah pernah masukkan daun senduduk ke dalam ramuan mandian tangas atau sauna ketika ana berpantang dahulu. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.

Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.

Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.

Daun: Untuk menghilangkan rasa hanyir ikan keli atau ikan-ikan air tawar sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk. Daun-daun tersebut diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan bubuh potongan ikan tersebut dan masukkan sejumlah daun-daun atau pucuk-pucuk senduduk dan ramas-ramas bersama potongan ikan sehingga lendir-lendir ikan hilang..

Apapun semua itu hanya petua tradisional yang ana sendiri tidak pasti akan kaitannya dalam dunia perubatan moden. Tetapi bagi kami yang membesar di kampung-kampung, petua-petua ini lah yang sering diguna pakai dan Alhamdulillah ada yang serasi dan berkesan. Waallahu a'lam kerana ana percaya dan yakin bahawa setiap satu yang di ciptakanNya pasti tidak terjadi dengan sia-sia. 

12 Comments

  1. Mrs. A selalu tengok bunga senduduk yang pink tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pink tu suami kak ana kata pokok semak je hehe :)

      Delete
  2. Yang PC selalu nampak yang bunga warna putih kak...dan yang biasa dilakukan atau digunakan daun senduduk ni untuk rawat luka..berhentikan darah.Babah PC bila pergi kebun..betsihkan kebun..pokok senduduk ni babah tak cabut...biar tumbuh je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh putih tu tempat kak ana jarang jumpa PC, betul tu khasiatnya pun setakad ini yang banyak di perkatakan bab rawatan luka kan :)

      Delete
  3. Banyak keguinaan senduduk ni..terima kasih perkongsian..

    ReplyDelete
  4. Yang bunga pink tu banyak kat kebun.
    Selalunya tebas aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu WP, pokok semak samun je kalau di kampung ni hehe :)

      Delete