Salam Jumaat 17 Safar 1440H.... Ana pasti ramai di antara kita muslimin dan muslimat yang sentiasa mencari keredhaan dan keberkatan usia sebagai hambaNya tahu akan kelebihan-kelebihan membaca Surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. Paling tidak pun kita akan membaca 10 ayat terawal ( 1-10 ) dan kemudiannya 10 ayat terakhir (100-110 ) . Ini berdasarkan beberapa hadis di bawah yang ana ambil dari rujukan http://lamandakwah.blogspot.com/2014/06/dari-abu-darda-r.html


Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat"
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,

"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Alhamdulillah, baru-baru ini ana terjumpa satu perkongsian yang amat bermanfaat yang ingin ana kongsikan nya pula bersama pembaca semua bagaimana satu cara atau kaedah untuk kita selesai menghabiskan seluruh surah Al-Kahfi yang agak panjang sebanyak 110 ayat ini . Hari Jumaat khasnya bagi yang masih menuntut mahupun yang bekerjaya agak sukar untuk menghabiskan keseluruhan surah pada waktu pagi Jumaat itu sendiri. Dengan terjumpanya kaedah pembahagian mengikut potongan-potongan ayat dan kisah yang tercatat di dalamnya, In Shaa Allah.. dengan cara ini kita sama-sama akan dapat menyelesaikan bermula dari selepas solat Maghrib Khamis malam Jumaat hingga lah ke waktu Zohor hari Jumaatnya. Ia di ringkas kan seperti yang terdapat pada poster di bawah...





Cara Mudah Menghabiskan Surah Kahfi Pada Setiap Hari Jumaat 






Dan sebagai mudah lagi untuk kita praktikkannya, selepas sahaja membaca dari poster di atas, ana terus capai Al-Quran dan tandakan pada setiap ayat terakhir yang bakal kita baca pada muka suratnya. In Shaa Allah, dengan cara ini kita tidak akan terbabas dan boleh sahaja mengikut seperti yang di ajar. Terima kasih buat yang menerbitkan poster di atas kerana ana memperolehinya dari kiriman whatsapp tanpa sumber asal. Waallahu a'lam..

3 Kelebihan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat 


kredit foto : Bookcafe
Berpandukan rujukan dari laman  zayyan.my yang juga merujuk kepada Tazkirah Daily, ana kongsikan semula 3 kelebihan apabila kita membaca Surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat . 

Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” 
(HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)

Kedua, membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat  akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.


Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” 
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Oleh itu selagi masih ada kesempatan untuk kita menambah bekalan untuk hari akhirat di kesempatan usia ini, sama-samalah kita penuhi jiwa dengan amalan-amalan yang mampu menolong kita di alam seterusnya nanti. Ana bukanlah penulis yang berilmu namun berusaha mencari keredhaanNya dalam setiap perkongsian yang mungkin bermanfaat buat sesama hamba dan rujukan sendiri jua nanti...... 
In Shaa Allah. 


10 Comments

  1. Thanks kak Ana for sharing this info. Boleh Qiya buat rujukan ni...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian ni kak...sangat memudahkan..moga PC,akak dan kita semua istiqhamah melakukannya.Aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan kita akan kekal istiqomah dalam mencari redha Allah swt

      Delete
  3. nice sharing! sangat mudah kalau ikut cara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba praktik kan nya Sha, In Shaa Allah

      Delete
  4. aida ada save ni dlm phone, AJ.
    ada amalkan. sementara skang ni cuti dari keje kan.
    tapi kekadang tu terlupa hu hu hu hu...
    kunun nak share dlm blog tau.
    takde keberanian ha ha ha ha sebab diri sendiri tak teramalkan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah Aida, kita kongsikan mudah-mudahan ada manfaatnya buat insan lain, bab diri sendiri tu hati ini berbolak balik sifatnya selagi terdaya kita cuba dan terus mencuba untuk terus istiqomah dalam mencari redha Allah swt..

      Delete