Wahh wahh!! Ikan bakar tomyam , bukan main nama dia  yer.. Eh! Betullah tu, ikan talapia ni ana bakar tapi ana rasakan dengan pes tomyam. Maka jadilah ia ikan talapia bakar tomyam. Haha :) Sebenarnya kan sejak ada pes tomyam Thai di rumah ni segala neka ana nak letak dalam perisa masakan. Dah jadi macam bahan ujikaji jerr.. nak try kena ke tidak dengan rasanya tomyamnya. 




Nak buat ikan bakar ni bukan susah mana pun. Ana gemar sesekali makan ikan bakar di rumah bersama keluarga. Kena pula dengan selera kampung kita ni kan. Antara ikan yang sedap di bakar ni selalunya ikan air tawarlah kan macam ikan talapia, keli, patin dan kalau ikan laut pula ikan pari, kembung dan juga ikan terubuk. Tapi terubuk tu mencabar juga nak makan sebab banyak tulang halus-halus. 





Bahan untuk ikan talapia bakar tomyam ni sangat asas sahaja. Ana bersihkan ikan talapia dan kelar bahagian tengahnya agar masak sekata ke dalam isi nya nanti. Gaulkan dan lumurkan dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit pes tomyam Thai. Balut kan dengan daun pisang dan panggan atas kuali leper di atas dapur gas sahaja. Selepas 10 minit macam tu balikkan ke bahagian sebelahnya pula dan bakar hingga masak dalam 20 minit lebih kurang. 




Sedap di makan dengan nasi panas-panas. Di rumah ni selalunya kalau ikan bakar, lawannya air asam kicap sahaja ataupun cicah budu. Kalau di kampung selalunya cicah air asam belacan dengan asam jawa, memang sedap kan. Tapi tu lah, suami ana alah makan belacan jadi ana gantikan dengan air asam kicap yang di campur hirisan bawang merah, tomato dan cili api. Perahkan air asam limau nipis atau limau kasturi. In Shaa Allah berselera di atas rezeki yang di berikannya.. Alhamdulillah. 







4 Comments