Dekorasi bunga hiasan dari orkid memang trending sangat masa kini. Sana sini ana lihat di pamekan di ruang geleri malahan ruang rumah sahabat dan saudara mara memilih orkid sebagai tatarias penyeri ruang. Harga sepasu bunga orkid yang siap di gubah boleh mencecah ratusan ringgit juga kan. Tak jadi masalah pun, ikutlah kemampuan masing-masing. 

Untuk ana sendiri, lebih suka beli dan gubahkan sendiri bunga-bunga yang ada di ruang tamu rumah ana ni. Surirumah ni keinginan tu sentiasa ada, cuma bajet sahaja kadang-kadang kena adjust sebaik mungkin. Seperti yang pernah ana ceritakan di  SINI , ana lebih cenderung dengan bunga-bunga hiasan berwarna putih sebagai dekorasi ruang. Kali ini ana nak berkongsi pula sebuah make-over bunga orkid ke dalam pasu agar nampak lebih trending gitu :) 





Cara dan idea menggubah bunga orkid


Itulah hasil gubahan bunga orkid putih yang telah siap ana make-over semula dari bekas asalnya di dalam pasu plastik. Bunga orkid itu pemberian ibu saudara ana dan sebelum ini tidak pula terfikir untuk menggubahkannya semula ke dalam pasu tinggi putih yang memang telah lama ada di simpan di rumah. Pasu tu memang berat dari jenis batu marmar juga pemberian ibu saudara ana suatu masa dahulu dan terbiar kosong sahaja di ruang tangga. 



Dari asal sebegini, ana potongkan kesemua bahagian tangkai bunga orkid dan daun-daunnya. Bersihkan terlebih dahulu. Tetapi jika korang membeli bunga orkid di mana-mana kedai bunga, korang cuma perlukan beberapa tangkai bunga orkid mengikut citarasa masing-masing, daun hiasan tambahan, lumut kering untuk menutup bahagian span , pastilah span kering dan sebuah pasu. Itu sahaja. 





Untuk pasu seperti ana punya ni, isi kan sahaja keratan span ke dalam pasu dan pastikan ia ketat dan tidak akan bergerak bila di gubah nanti. 




Kemudian letakkan dahulu daun orkid dibahagian tengah dan tangkai bunga orkid mengikut citarasa masing-masing . Hehe ada pembantu pula kat sebelah pasu tu, sibuk je kat situ la hai... :) Akhir sekali penuhinya dengan daun-duan hiasan sampingan atau pun letakkan lumut palsu untuk menutupi span supaya nampak lebih asli . Dan siaplah satu gubahan orkid yang amat mudah cara ana jingga dot com. 





Untuk yang menggemari orkid jenis tiger orchid yang halus-halus pula, untuk nampak lebih berseri ia memerlukan dalam jumlah yang banyak baru nampak cantik. Ia jarang di gubah selalunya di letakkan sahaja secara random ke dalam pasu seperti di dalam gambar di bawah yang ana letakkannya di atas meja konsul panjang. 




Mudah dan menarik kan. Sebenarnya jika kita menggubah dan beli sendiri ini jauh lebih murah dari membelinya dari kedai-kedai bunga yang telah siap sedia di gubah. Semua pun bergantung pada bajet dan minat masing-masing lah kan. Kalau berkemampuan apa salahnya pilih sahaja mana yang berkenan. Pastikan ia sesuai di letakkan di sudut rumah masing-masing. Jomm ... ana kongsikan beberapa lagi idea gubahan bunga orkid dari pinjaman image dari Google yang mana boleh memberi inspirasi untuk hiasan dalaman rumah kita. Hiaslah rumah mengikut kemampuan masing-masing agar rumah menjadi syurga buat kita sekeluarga.. In Shaa Allah. 

Image result for orchid arrangements
credit photo : petals.com
Image result for orchid arrangements
credit photo : homedepot.com
Related image
credit photo: target.com 

Image result for tiger orchid arrangements
credit photo: wayfair.com
Related image
credit photo : orchiddiva.com


Dan banyak lagi yang boleh korang lihat dari mana-mana laman web di carian enjin. Memang rambang mata dan cantik-cantik semuanya. Basic boleh di katakan sama cuba memerlukan kreativiti sahaja agar nampak elegan dan cantik sesuai dengan sudut mana yang bakal di letakkan. Selamat mendeko :) 

4 Comments

  1. Cantik Ana. Kelopak bunga orkid ni nampak mcm asli kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik-cantik kak Mala, macam-macam idea ada kan :)

      Delete
  2. mudah cantik dan memikat mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom sha kita mengubah dekorasi ruang dengan orkid :)

      Delete