Peminat setia Fauziah Latiff
Sekitar awal tahun 1990-an lagi ana ketika masih di sekolah menengah memang peminat setia penyanyi-penyanyi tempatan masa tu. Antaranya yang paling ana minat Dato' Jamal Abdillah ( sebab dia asal orang Teluk Intan.. hehe ) dan juga Fauziah Latiff. Kalau tak silap ana ketika itu Jee muncul dengan album pertamanya Digamit Memori. Mana tak ingat adalah kisah cinta monyet masa tu dengan pelajar form six hehe. Kemudian muncul lagu Kau Merubah Segalanya... lagu yang tak mungkin ana lupakan sampai bila-bila. Touching sangat lagu ni pada kisah silam zaman remaja masa tu. Lagu tu muncul ketika ana di tingkatan 5. Kawan baik ana Syidah lah yang banyak berkongsi rahsia alam remaja kami.
Dalam album Kau Merubah Segalanya, terlalu banyak lagu-lagu kesukaan ana antaranya Kau Merubah Segalanya , Coretan Rindu Buat Teman, Mengapa Aku Bukan Pilihanmu, Catatan Diari Remaja dan pastilah lagu Kali Terakhir . Sayang ana dah ada kaset untuk album Digamit Memori dan Kau Merubah Segalanya ni. Tak tahu hilang kat mana.
Sepanjang penglibatan Jee dalam dunia nyanyian, beliau telah menghasilkan beberapa album dan hampir kesemuanya hit masa tu. Jee pernah memenangi Bintang HMI , masih teringat lagi setiap minggu layan di RTM dan ketika di malam final Gee memakai kain kembang sekembangnya . Aksinya menari di pentas sangatlah comel ketika itu. Antara koleksi album Fauziah Latiff adalah seperti berikut :
~ Digamit Memori (1988)
~ Kau Merubah Segalanya (1989)
~ Kini (1990)
~ Tiada Noktah Cinta (1991)
~ Gubahan Rindu Puisi Syahdu (1992)
~ Epilog Memori Gelita (1993)
~ Apa Sebenarnya (1994)
~ Petikan Syahdu Volume 1 (1995)
~ Sahabat (1995)
~ Petikan Syahdu Volume 2 (1996)
~ Jee '98 (1998)
~ Jee No 1st (1999)
Dan lagu paling ana minati dalam album ini pastilah "Setia Ku Korbankan" dan kemudian tahun 2001 lagu Yang Lebih Kau Cinta.
( kredit info wikipedia )
Selain dari memiliki kaset-kaset nyanyian Jee, ketika remaja dahulu ana akan membeli majalah dan surat khabar khasnya Mingguan Malaysia ketika itu kerana biasanya Pancaindera akan terbitkan gambar-gambar berwarna. Ana gunting gambar-gambar Jee dan tampalkannya di dalam sebuah buku. Dan hingga hari ini, scrapbook itu masih bersama ana dengan cantik lagi. Boleh tengok di youtube di bawah ni :)
Gigihkan. Dahulu kami akan salin lirik-lirik lagu ni ke dalam buku macam tu. Masa tu tak ada karaoke pun sekadar menyanyi lah bila lagu di mainkan di kaset atau pun di radio. Siap hafal lagi. Begitulah kisah kami remaja era 1990-an dengan artis-artis pujaan masing-masing. Ada bebeapa keping kaset lagi yang ana jumpa semula ketika mengemas stor baru-baru ini. Antaranya Ziana Zain, Erra Fazira, Ning Baizura dan koleksi Jamal Abdillah. Dahulu memang artis ni keluarkan album 10 lagu tidak seperti sekarang ni dalam bentuk single.
Artis dahulu memang di minati dan sanggup beli kaset atau CD untuk mendengar nyanyian depa. Jadi semuanya original sebab kaset tak ada cetak rompak. Paling dahsyat pun bila tape kaset bergulung sangkut dalam radio kaset bila di mainkan. Ana pandai pula tu, buka dan roll semula elok-elok dengan pensil sampai boleh di dengar. Kalau tapenya terputus siap sambung dengan selotape lagi, tapi terpotong lah lagunya hehe.
Inilah antara coretan kenangan yang dapat ana kongsikan disini buat kenang-kenangan. Zaman remaja ana sebegitulah seadanya. Kini semua itu telah jadi kenang-kenangan. Hiburan kami waktu hanya radio dan televisyen sahaja. Sumber pun hanyalah majalah tempatan seperti URTV, Variapop, Media Hiburan, Remaja dan surat khabar. Zaman yang cukup indah untuk di kenang semula. Sekadar coretan kenangan yang baik jadikan panduan yang tidak elok jangan di ulangi kay. Manusia ni pelbagai perjalanan hiudpnya. Namun selagi berkesempatan kita perbaiki diri hari demi hari.. In Shaa Allah.
12 Comments
Suka FL ni sebab cara dia cakap..softspoken..
ReplyDeletekan PC cantik ayu wajah kemelayuannya
Deletewooooo sha takpernah jadi peminat setia haha selalu tukar tukar
ReplyDeletezaman 90-an tu tak seramai sekarang Sha artis yang ada, lagu-lagu pun dalam bentuk album bukan single macam sekarang ni hehe :)
DeleteZaman acik sekolah dulu acik minat sharifah aini..siap buat macam yang ana buat tu.tapi semua tu tinggal dirumah kampung..anak sedara cerita..diloteng rumah kg ada tikus..pak teh dah turunkan dan bakar katanya..habis semua acik punya kena bakar.
ReplyDeletehaha ini pun acik sempat bawa lepas kahwin ke KL ni masa pindah dulu, sayang sangat kononnya, kalau tak duk dalam reban ayam mak memang dah hangus jadi abu gak tu hehe :)
Deletememang betullah minat ..artis lama ni sangat berbakat
ReplyDeletezaman tu tak banyak sumber hiburan kan Etuza yang ada itu lah yang kami hadap :)
DeleteRasa lebih bahagia era remaja dizaman kita. Hiburan hanya tv radio, keset, majalah dan akbar. Rasanya time tu tiada cacian2 dan maki2an terbuka macam sekarang. Walau teknologi jauh kedepan tapi adap susila harus dijaga.
ReplyDeletebetul tu kak Mala, segala sumber di rujuk terus pada yang berkenaan kalau ada isu dan fitnah pun artis tu sendiri akan saman pihak media.. kita ni sekadar berhibur sahaja dengan dunia hiburan tak terlibat secara langsung pun kan :)
Deletekita sama zaman la, AJ.
ReplyDeletebest kan.
kaset.
video tape.
radio.
majalah hiburan :) ha ha ha ha
indah nyer...
itulah era nya Aida.. kini jadi kenang-kenangan terindah catatan perjalanan kehidupan.. Alhamdulillah
Delete