Sentiasa berwaspada ketika memandu di jalan raya. Pertamanya pastilah untuk terhindar dari terlibat dengan kemalangan , minta di jauhkanNya sentiasa. Keduanya kerana mulai 1 hb September 2018 selain dari saman trafik, pemandu yang melakukan kesalahan di jalan raya juga berhadapan dengan hukuman melalui sistem mata demerit oleh Jabatan Pengangkutan Jalan , Malaysia. Bahaya nya sistem mata demerit ini ialah dengan berulangnya penangkapan kesalahan yang sama, boleh mengakibatkan lesen memandu kita di gantung. Kalau dah tak berlesen, bagaimana kah cara untuk kita memandu kenderaan lagi kan. Alamat tak pergi kerja lah jawabnya. Ermmm... 


Sistem Mata Demerit JPJ 


Ana pun tak berani nak mengulas lanjut tentang sistem ini, apa yang ana kongsikan disini adalah dari posting di page Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Perlu di war-war kan kepada umum agar kita peka dan lebih berhati-hati ketika memandu agar dapat mengelakkan dari sebarang keburukan. Memang benar tak buat salah pasti tak akan di kena kan mata demerit namun, biasalah manusia kadang-kadang terlepas pandang juga kan. Apapun semoga kita semua sentiasa di lindungi dari segala keburukan setiap kali memandu di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Amal kan membaca doa menaiki kenderaan setiap kali sebelum memandu dan pandulah dengan cermat, In Shaa Allah. 


Image result for doa naik kendaraan
kredit : Doa Harian Islami 

Berikut ana kongsikan semula terbitan dari FB Page JPJ Malaysia untuk keterangan kita bersama : 


Mulai 1 September 2018, JPJ telah melaksanakan sepenuhnya peruntukan perundangan ke atas saman-saman yang dikeluarkan oleh AwAS tanpa sebarang DISKAUN atau PENGECUALIAN 

Sistem Mata Demerit bagi Kenderaan Persendirian

Gagal mematuhi isyarat merah: - 4 mata
Melebihi 1km ke 25km: - 2 mata
Melebihi 25km ke 40km: - 3 mata
Melebihi 40km: - 4 mata

Apa kesan Sistem Mata Demerit?

1. Kali pertama Demerit 20 mata: Terima 'AMARAN'
2. Kali kedua Demerit 20 mata: Lesen digantung 6 bulan - 8 bulan
3. Kali ketiga Demerit 20 mata: Lesen digantung 8 bulan - 10 bulan
4. Kali keempat Demerit 20 mata: Lesen digantung 10 bulan - 1 tahun
5. Kali kelima Demerit 20 mata: Lesen digantung selamanya. Ambil permeriksaan baru bagi dapatkan balik Lesen Memandu 


Pesanan dari JPJ: Menyeru kepada semua pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa mengamalkan pemanduan selamat bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.


Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/

Twitter: JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia

Instagram: JPJMalaysia
https://www.instagram.com/jpjmalaysia

Youtube: JPJMalaysia
https://www.youtube.com/user/portaljpj

kredit dan sumber : Page Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

0 Comments