Sarapan Pagi Dengan Omelette Mudah
Bukan main laa omelette bagai.. telur dadar je pun sebenarnya. Tapi dalam bahasa masakan Inggeris depa panggil omelette la kan. Bagi yang dah kekeringan idea nak sarapan apa pepagi, untuk alas perut sebelum anak-anak ke sekolah atau ke tempat kerja, ana cadangkan korang try buat omelette mudah ni sahaja. Inilah antara sarapan pagi feberet ana bila sengsorang kat rumah. Tak pun tengah-tengah malam bila perut bersenandungkan keroncong gurindam jiwa.. pi buka petiais, ambil telur ayam , buh segala yang ada dadar dan terhasillah omelette yang mengenyangkan, In Shaa Allah.
Resepi omelette mudah
Untuk resepi paing sempoi dari ana, biasanya ana gunakan dua biji telur, tomato di dadu, bawang besar di mayang halus, kalau yang suka pedas boleh lah hiriskan cili api tapi ana tak suka dan ana gantikannya dengan serbuk lada sulah sahaja. Taburkan garam dan dadar sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali leper dan tuangkan rata penuhi permukaan kuali. Dan selepas sebelah masak garing bermula lah cabaran untuk menterbalikkannya. Kalau berjaya terbalik telur dadar atau omelette ni tanpa cacat cela adalah satu kepuasan ya amat kan.. hehe :)
Tadaa!! Cantik kejadiannya hari ini, bila ana selamat menterbalikkan telur dadar tanpa cacat cela..Wahh!!! Sukaaa... :) Korang boleh lah nak makan dengan sos cili atau pun mayo. Ana suka makan dengan Thai sos dan mayo.. Alhamdulillah.. rezeki yang di syukuri biarpun sekadar telur dadar..
12 Comments
Betul... Telur dadar a.k.a. Omelette ni memang sedap dan mudah nak buatnya.. Kadang incik suami yg nak..
ReplyDeletesenang kan kenyang pula tu hehe :)
Deletemalam ni nak masak omelette la! hehe
ReplyDeletehaha terbalik kan cun cun Sha :)
DeleteMengancam betul omelette kak ana..
ReplyDeletetelur dadar je pun Sha hehe :)
Deletesuka makan kalau telur dadar separuh masak macam ni!
ReplyDeletekak ana kadang-kadang suka hat garing juga FJ :)
DeleteProtein,vitamin..semua ada ni kak..sedap.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. kenyang kan PC :)
Deletesaya pun minggu ni breakfast dengan omelet
ReplyDeletewahh sedap tu DP :)
Delete