Terjebak nak ber steamboat di rumah ni selepas hari raya Aidil Fitri lepas kami beraya ke rumah salah seorang kawan lama suami. Lepas di jamu dengan nasi dagang, di ajak pula ke ruang porch rumahnya untuk sama-sama ber steamboat. Ana pun tanya lah kat mana beli dapur steamboat tu, sebabnya mudah guna elektrik, tak payah nak angkut tong gas bagai. Risik-risik dengan isterinya beli di Shopee. 




Selang beberapa lama, ana dapat satu advertorial dan tokennya voucher Shopee, suami pula dah lama target nak sangat set steamboat ni, ana gunakan voucher dan beli di Shopee dengan harga RM66 pada masa promotion ketika itu. Seronok kan main suami bila ana surprised kan dengan set steamboat & Grill ni. Pas ni boleh lah ajak Man dengan Ida kita steamboat di rumah, wahh!! Excited sungguh nak ber steamboat dengan adik jiran kami ni. 




Menikmati steamboat di rumah 


Walaumacam mana sekali pun, kena tunggu anak-anak balik baru seronok nak ber steamboat. Bila Kak Long dan Adik balik hujung minggu , kami ke Seri Ternak, Selayang dengan Kak Long mencari bahan-bahan untuk steamboat. Mudah nak buat steamboat ni kerana kita cuma sediakan kuah tomyam atau sup, lepas tu perapan untuk daging atau ayam, dan sediakan sos BBQ nya. Kalau malas nak buat sendiri sos BBQ tu beli sahaja yang dah siap di pasaraya. Paling mudahpun guna Thai Sos, terbaek lahh kan. 




Untuk petang tu kami buat ringkas sahaja buffet nya. Bajet pun tak berapa lebat kata orang sekadar nak test dapur steamboat tu sambil borak-borak dengan Man, Ida dan anak-anak. Ana beli udang, sotong, beberapa fish ball, crab ball dan fish ball dan untuk BBQ hanya hirisan isi ayam yang ana perap dengan sos BBQ, sos tiram, kunyit, garam dan serbuk cili merah dan garam. Hat lainnya cendawan enoki dan cendawan tiram serta sayur sawi jepun dan tomato ceri. Ana ni kalau tak ada sayur tak boleh. 



Untuk kuah tomyam, ana gunakan pes tomyam Thai yang Ida beri ketika balik Kelantan sebelum tu. Memang sedap pes tomyam ni, mudah sangat nak sediakan, campurkan sahaja dalam rebusan air cukup lengkap rasa pedas dan masamnya. Sedap tau, serius, tak payah perahkan jus limau lagi dah. Ana masukkan serai dan daun limau purut sahaja untuk mendapatkan aromanya. Siap didih, jadilah kuah tomyam untuk kami ber steamboat petang  tu. 




Nampak sahaja macam sikit tapi bila dah hadap bersama sambil berborak-borak, Alhamdulillah kenyang sangat rasanya. Ada yang tak habis pun sudahnya. Suami siap angkat meja makan bawa ke ruang porch nak ambil angin luar katanya. Sebenarnya nak elak dalam rumah bau asap bila menggrill nanti. Steamboat kalau tak berasap memang tak sah lah kan. 




Untuk sos BBQ tu, ana campurkan gravy ready made brown sos yang boleh di beli di pasaraya dengan sos BBQ. Masak atas api perlahan dan bila pekat mati kan apinya. Atau boleh juga cuba resepi sos BBQ yang ana perolehi dari FB seperti dibawah. (Simpan sini untuk rujukan masa akan datang nanti boleh cuba ) 



Resepi Sos steamboat: 


3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak bijan
5 susu besar sos plum
5 sudu besar sos cili
sedikit bijan
sedikit daun ketumbar

Cara-caranya :

Blend daun ketumbar, bawang putih dan halia.Tumis semua bahan blender. Kemudian masukkan segala sos. Masak hingga pekat. Masukkan bijan baru tutup api. Sos ini dikatakan boleh tahan berbulan simpan dalam fridge, mudah bila nak di gunakan nanti. ( kredit pemilik resepi



Resepi Sos Yong tau fu :

Resepi ini juga ana perolehi dari Facebook boleh juga di buat untuk makan steamboat dengan sos yong tau fu kan. Jom kita tengok bahan-bahannya. 

2 sudu besar taucu
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu kicap pekat
3 sudu sos tiram
4-5 sudu gula
3 cawan air

Cara-caranya : 
Masukkan semua bahan dalam blender, kisar halus dan masak hingga pekat. Ermm.. kita simpan dahulu resepinya di sini, nanti nak cari mudah kan Google semula jer. Mana tahu ada rezeki nak ber steamboat sekali lagi nanti, maklum lah dapurnya dah ada kan. Sediakan sahaja lah bahan-bahannya.








Side dishes kami petang tu bergedil tauhu dan sambal kicap, dan pencuci mulutnya buah tembikai sahaja lah. Man dan Ida pula bawa air jus Tropikana dan ana sempat hidangkan sirap je. Alhamdullah.. memang seronok sangat ber steamboat di rumah sendiri. In shaa Allah lepas ni cadang nak ber steamboat bersama keluarga di kampung pula nanti. 







15 Comments

  1. sdapnya steaboat kat umah sndiri..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati dan seronok dapat makan kat rumah sendiri macam ni kan NN :)

      Delete
  2. buat sendiri lg puas mkn kan kak ana..yg penting..jimattttt hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu JJ, bab jimat ni kak ana setuju sangat hehe :)

      Delete
  3. sha pun dah lama duk usha periuk ni, tunggu ada rumah sendiri mmg beli terus haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli sekarang pun tak apa Sha, boleh simpan hehe :)

      Delete
  4. wahhh.. senangnya kalau ada set steamboat ni kat rumah.. tunggu anak2 dah besar sikit boleh beli.. baru berbaloi nak makan2 ngan anak2 kat rumah.. hehe..
    Dilah follow kak ana ye.. www.ceriteraibu.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Dilah, ada rezeki dan kesempatan nanti boleh lah kan ber steamboat dengan anak-anak. Terima kasih Dilah :)

      Delete
  5. wah. nice nyer, AJ.
    pernah nak beli piuk ni.
    tapi tak jadi. sebab over byk dah gajet kat dapur ha ha ha ha :)
    weekend ni rasa nyer nak berstimbot lah.
    kan ada resepi viral johnnys tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita ber steamboat.. ala tak mahal pun Aida set steamboat ni mampu beli kata orang :)

      Delete
  6. Slm sis, blh sy tgk mcm mne sis setting kn utk temperature.. Sy bru bli td, tp yg bhgian sup je panas, yg bhgian grill xpanas.. Beli di shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam
      jenama yang sama ke puan? kalau jenis yang sama, ada button selaras suhu pada bahagian tepi tray pembakar tu rasanya, boleh adjust turun naik kepanasannya, contohnya untuk bahagian sup tu turun kan suhu jika terlalu lama mendidihkan sebab nanti boleh kering, cuma untuk membakar tu kita tak boleh adjust salah satu ianya adalah selarasan yang sama untuk kedua-dua bahagian bakar dan sup. Maknanya adjustment untuk dua2 bahagian sekali gus bukan asing-asing . Semoga dapat ,membantu. :)

      Delete