SOME BY MI - Rangkaian Skincare Buat Peminat K-Beauty
Pelbagai pilihan skincare terdapat di pasaran masa kini. Sebagai wanita yang bijak kita wajar memikirkan soal kesihatan wajah dalam keghairahan mencari sesuatu jenama penjagaan wajah. Bukan semuanya sesuai dengan jenis kulit wajah kita. Nak nak lagi lately ni, pelbagai isu timbul mengenai selamat atau tidaknya skincare dan kosmetik yang bakal kita gunakan. Jangan mudah terpedaya dengan janji permainan teknik marketing penjual, kita sebagai pengguna harus tahu menilai dan cerdik dalam memilih apakah yang selamat dan bersesuaian dengan kita.
Wajah yang cantik adalah apabila kulit kita sihat. Trend masa kini, kita bukan sahaja boleh mencuba pelbagai produk dari farmasi dan juga pasaraya, malahan pelbagai jenama turut mudah diperolehi secara online. Kalau produk skincare online ni antara yang mendapat perhatian wanita pastilah beberapa jenama K-Beauty. Hari ini ana nak bercerita pula tentang satu jenama produk dari Korea yang tak perlu di perkenalkan lagi, jomm...
Some By Mi - AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE
Some By Mi ... rasa nya tidak perlu di perkenalkan lagi di kalangan pengguna K-Beauty. Kalau korang belum pernah tahu tentang Some By Mi , hari ini ana nak share serba sedikit info tentang 4 langkah untuk mendapatkan kebersihan dan kecantikan wajah dengan Some By Mi - AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE yang terdiri daripada sabun , penyegar ( toner ) , serum, dan krim pelembab. Sama lah kan dengan mana-mana skincare sekali pun. 4 langkah ini amat perlu untuk rutin penjagaan kecantikan kulit wajah. Bezanya cuma serasi atau tidak sahaja dengan jenis kulit kita. Rangkaian skincare Some By Mi di namakan AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE kerana di katakan dapat melengkapkan kesan penjagaan kulit selama 30 hari untuk menampakkan hasilnya.
Ana sendiri berpeluang mencubanya selama hampir dua minggu sebelum menerbitkan entri ini. Okay, bila ana unboxing dan try dahulu buat pertama kalinya, yang paling ana suka tentang AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE ni ialah aroma daun teh nya. Memang amat menyegarkan, Serius!! Ianya sangat natural bau daun teh segar. dari sabun, kemudian ana sapukan toner dan di ikuti oleh serum. Terasa sangat segar dan kemudian di oleskan pula krim pelembabnya. Ia tidak berminyak dan melekit dan cepat menyerap pada kulit. Rasa segar dan kelembapan wajah juga ana rasai dari awal pagi hingga lah lewat petang.
Ana rujuk sumber di www.somebymi.my dan dinyatakan kesemua rangkaian Some By Mi - AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE kandungan real tea tree 10,000ppm yang menggunakan minyak argan dan minyak zaitun siap ada sijil minyak organik lagi (ECOCERT). Bahan semulajadi dari nature. Tiada kandungan bahan kimia berbahaya dan pewarna tiruan atau penyebab iritasi pada kulit sebab produk ni mengikut standard produk berintegriti. Malahan pada kotak bungkusannya juga lengkap butiran yang kita perlukan untuk pengesahan keselamatan produk. Setiap kotak juga mempunyai pelekat seal keselamatan untuk mempastikan ia benar-benar produk yang asli. Hanya bahan yang selamat sahaja dalam produk ni mengikut EWG Standards .
Some By Mi - Aha Bha Pha 30 Days Miracle Cleansing Bar
Datang dalam bentuk sabun pencuci wajah , disertakan sekali jaring untuk penyimpanan dan korang boleh gantung agar tidak cepat habis dan lembik nanti. Basahkan tangan dengan air dan gosokkan pada sabun sehingga ie mengeluarkan buih bersih, putih dan lembut serta beraroma tea yang segar sangat. Ratakan buih pada wajah dan bilas bersih. Keringkan wajah dan korang akan terasa kesegaran dan bersih sangat tau. Ana suka sangat menggunakannya setiap kali mencuci wajah ketika hendak berwuduk. Ia tidak mengeringkan kulit walaupun kita tidak mengenakan toner atau krim pelembap selepas mencuci wajah.
Mengandungi ekstrak kandungan Tea Tree 10,000ppm, AHA/BHA/PHA/Niacinamide 2%, 20 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi lain. Antaranya ialah ekstrak pokok willow, asiatic pennyword, ekstrak epal, ekstrak lemon, ekstrak oren, ekstrak kulit kayu birch, protin kentang dihidrolisis, protin nasi dihidrolisis, protin oat dihidrolisis, ekstrak edelweiss, minyak zaitun, minyak argan, minyak teh hijau, ekstrak pokok baobab, tepung chlorella, tepung taugeh putih, ekstrak pokok teh, ekstrak houttynia dan ekstrak licorice yang banyak manfaat seperti membersihkan secara mendalam dengan lembut khas untuk mencerahkan kulit dan mengecilkan pori.
Cara penggunaan seperti yang di cadangkan :
1. Ratakan buih dan urut pada sekitar wajah dengan lembut.
2. Gosokkan juga pada bahagian hidung.
3. Kemudian ratakan pada dahi dan anak rambut.
4. Akhir sekali urutan perlahan juga di sekitar mata dan sekeliling bibir dengan hati-hati.
Some By Mi - Aha Bha Pha 30 Days Miracle Toner 150ml
Penyegar wajah atau toner ini juga satu keperluan wajib dalam penjagaan kesihatan kulit wajah kan. Semua orang tahu perkara ini. Some By Mi - Aha Bha Pha 30 Days Miracle Toner dinyatakan amat efektif sebagai exfoliator untuk menjadikan kulit wajah bersih dan berseri dari sebelumnya. Menjanjikan kulit wajah selembut bayi selepas penggunaan yang konsisten dalam masa 30 hari. Ermm... ana baharu gunakan dua minggu, pun dah terasa lembut pada kulit wajah. Yang best ia tidak lagi kering dan terasa kelembapan. Toner atau penyegar Some By Mi - Aha Bha Pha 30 Days Miracle Toner , juga mengandungi PH yang rendah dan sesuai untuk mereka yang jenis kulit sensitif, kering dan juga berminyak.
Kandungan dalam setiap botol 150ml Some By Mi - Aha Bha Pha 30 Days Miracle Toner dinyatakan Water, Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Glycerin, Niacinamide, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Polyglyceryl-4 Caprate, Carica Papaya (Papaya) Fruit Extract, Lens Esculenta (Lentil) Seed Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Nelumbo Nucifera Flower Extract, Swiftlet Nest Extract, Sodium Hyaluronate, Fructan, Allantoin, Adenosine, Hydroxyethyl Urea, Xylitol, Salicylic Acid, Lactobionic Acid, Citric Acid, Sodium Citrate, 1,2-Hexanediol, Pentylene Glycol, Caprylyl Glycol, Benzyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Ethyl Hexanediol, Raspberry Ketone, Phenoxyethanol, Mentha Piperita (Peppermint) Oil
Cara penggunaannya :
Selepas mencuci wajah dengan Some By Mi - Aha Bha Pha 30 Days Miracle Cleansing Bar , titiskan beberapa titisan Some By Mi - Aha Bha Pha 30 Days Miracle Toner pada facial cotton dan sapu ratakan sekitar wajah pada setiap pagi dan malam. Biarkan ia meresap ke dalam kulit dan sekali lagi ana suka sangat pada aroma daun tea nya menyegarkan.
Some By Mi - Aha Bha Pha 30 Days Miracle Serum 50ml
Some By Mi - AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Serum ni tekstur dia cecair dan tak seperti kebanyakan serum yang jenis air yang pekat macam gel tapi serum ni cepat menyerap ke dalam kulit dengan pantas tanpa meninggalkan rasa melekit. Kulit cuma rasa lebih lembab dan hidrasi dan sesegar aroman daun teh sekali lagi. Korang tak percaya kena try sendiri dan rasai kesannya.
Mengandungi Centella Asiatica Extract of 14.5% & Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Lead water 10,000ppm yang menjadikan kulit wajah lembut mana kala AHA,BHA,PHA Compenents bertindak mengeluarkan sel kulit mati pada wajah. Ini lah kaedah rawatan serum.
Cara penggunaannya :
Titiskan 3-4 titisan serum dan ratakan serta urutan pada seluruh wajah dengan lembut.
Some By Mi - Aha Bha Pha 30 Days Miracle Cream 50ml
Langkah terakhir dalam rutin penjagaan wajah pastilah penggunaan krim pelembap wajah. Ini sangat-sangat wajib di gunakan setiap hari, tak kiralah peringkat mana pun usia korang kan. Ana khasnya sangat-sangat memerlukan krim pelembap wajah setiap hari bila usia kian ke emasan ni. Tanpanya kulit akan berasa kekeringan sepanjang hari, untuk ana sendiri cukup dua kali sehari memakai krim pelembap wajah. Dengan ekstrak daun pokok teh 10,000ppm, digabungkan dengan ekstrak centella asiatica dan madecasoide bertindak sebagau krim pencerah dan anti penuaan serta sangat efektif untuk melembab, melembut, menenangkan kulit dengan mafaat dari ekstrak alam semulajadi.
Some By Mi - AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Cream ni juga telah jalani ujian hipoalergenik dan menerima sebanyak 5 anugerah dari Hankyung Business ( 2016 Brand Grand Prize Winner ), Money Today ( Customer's Satisfaction Grand Prize ), Sports Dong-a ( 1st in Customer Satisfaction ), Korea Media Network ( Grand Prize at the Korea Star Brand Awards ) dan Korea Media Network juga untuk ( 2018 Brand Grand Prize Winner ).
Cara penggunaannya
Sama seperti penggunaan krim pelembap lain, ratakan pada wajah selepas menggunakan serum. Dan sekali lagi ia ada aroma daun teh segar yang ana suka sangat.
Ana yakin dah, pasti peminat K-Beauty dah tak sabar nak mencuba sendiri rangkaian Some By Mi - AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE . Korang boleh sahaja dapatkanya secara online melalui pautan yang ana berikan di bawah ini.
Laman web :
dan
Facebook :
Instagram :
Hubungi / whatsapp :
019 - 3873526
~ review di atas adalah dari pengalaman sendiri AJ selama hampir dua minggu penggunaan
Some By Mi - AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE.
Masalah dan jenis kulit yang berbeza mungkin akan mengambil masa,
tempoh dan keserasian yang berbeza untuk menampakkan hasil keberkesanannya.
Rujukan dan sumber maklumat produk ialah dari puatan di berikan di atas ~
6 Comments
menarik la produk dia
ReplyDeleteboleh cuba ni Fara :)
Deleteteringin nk try actually, seb bek tgk rmai yg buat review, takut jugak klau produk bukan2..huhu..
ReplyDeleteSome By Mi memiliki pelbagai pensijilan dermathologies dan organic dari negara Korea Timm, in shaa Allah selamat dan kalau serasi pasti berkesan kan :)
DeleteMemang ramai orang cakap produk ni best & berkesan. Nani teringin nak try toner dia orang.
ReplyDeletehaah Nani antara yang banyak diperkatakan ialah kebaikan toner nya tu kan :)
Delete