Althea Milk Peel Cream Mask - Masker Berasaskan Susu Dari K-Beauty

Althea Korea... sinonim sangat dah dengan blog www.anajingga.com , kerana hampir setiap kali terlancarnya produk penjagaan wajah dari Althea, ana berkesempatan mencubanya sendiri dan kali ini satu lagi inovasi penjagaan wajah berasaskan alami iaitu  Althea Milk Peel Cream Mask . Masker yang berasaskan ekstrak protein susu yang amat bagus untuk penjagaan dalaman kulit wajah wanita. Dari kegemilangan Cleopatra lagi kita di sajikan dengan mitos penjagaan kecantikan dari susu ini, bukan... Jadi ana yakin dan percaya juga lah dengan keberhasilan Althea Milk Peel Cream Mask dalam bentuk masker ini dapat memberi impak positif pada wajah wanita yang suka pada kecantikan ala K-Beauty dari negara Korea. 




Apakah keistimewaan Althea Milk Peel Cream Mask ?



Setiap satu produk pasti kita ingin tahu apakah kelainan dan keistimewaannya dari produk lain yang berada di pasaran. Untuk Althea Milk Peel Cream Mask , ia diformulasikan  untuk mengeluarkan sel kulit mati, sebum tersumbat dan kotoran dari dalam. Menggabungkan protein susu, AHA & BHA yang membantu mencerahkan, menghaluskan serta melembabkan kulit. Kaolin pula membantu proses detox serta menyingkirkan kotoran yang tersumbat pada pori kulit.


Kandungan di dalam Althea Milk Peel Cream Mask adalah Water (Aqua), Kaolin, Glycerin, Disiloxane, Bentonite, Propanediol, Myristic Acid, Methyl Perfluoroisobutyl Ether, Stearicacid, Methyl Perfluorobutyl Ether, Potassium Hydroxide, 1,2-Hexanediol, Palmitic Acid , Ethylhexylglycerin, Milk Proteinextract, Disodium Edta, Gaultheria Procumbens (Wintergreen) Leaf Extract, Gluconolactone, Glycolic Acid, Titaniumdioxide (Ci 77891), Fragrance (Parfum), Coumarin*, Hexyl Cinnamal*, Citronellol* Haa.. itu butirannya secara saintifiknya lah kan... mana lah tahu kalau ada yang meraguinya, boleh lah cari sendiri informasi dari butiran yang di berikan. 





Althea Milk Peel Cream Mask juga sesuai untuk semua jenis kombinasi kulit kerana ia adalah masker yang mana keserasian dapat di rasakan selepas penggunaannya sendiri. Untuk wajah ana yang kian di makan usia ni, setakad ini tiada masalah dan sangat selesa memakainya. Terasa bersih dan dingin sahaja wajah selepas bilasan terakhir dan menggerinkannya dengan tuala. Serius , ana suka pada tekstur masker ini dan ana memakainya dua kali seminggu. Dan dikatakan dengan kaedah penggunaan yang betul satu botol 50ml boleh tahan untuk tempoh masa 2 bulan. Ia di datangkan dalam botol dan penggunaannya dengan sekali pam. 





Cara penggunaan Althea Milk Peel Cream Mask 

1. Pam kan Althea Milk Peel Cream Mask ni pada telapak tangan dan kita akan mendapati teksturnya dalam bentuk clay mask ( seakan bagaikan tanah liat putih ) . 





2. Apabila diratakan pada kulit wajah, berubah bentuk menjadi tekstur yang ringan seperti whipped cream . Beberapa detik kemudian kelihatan  timbul buih-buih halus ni sangat lembut & mempunyai bau susu yang wangi. Seronok rasanya bermain dengan masker Althea Milk Peel Cream Mask ni bila kita terus mengoleskannya keseluruh wajah . 






3. Biarkan dalam 30-60 saat sampai ia kering di wajah seketika dan kemudian gosok seperti menggunakan skrub wajah yang mana ketika ini lah ia membersihkan dan mengeluarkan sel kulit mati pada wajah.

4. Bilas wajah dengan air suam dan keringkan. Ketika itu ana merasakan kelembapan pada wajah semula dan terasa amat segar dan bersih. Sukaaa sangatttt !!! 




Ana mencadangkan mereka yang menghadapi masalah kulit seperti berikut untuk mencuba sendiri Althea Milk Peel Cream Mask : 

~ Sesuai untuk mereka yang menpunyai kulit wajah Combination Skin Types

~ Pori kulit yang luas terbuka 

~ Kulit wajah yang agak kasar, sensitive yang memerlukan penjagaan wajah yang lembut ( gentle exfloliation ) 

~ Dan juga mereka yang mempunyai masalah kulit wajah kering agar sentiasa kekal lembap selepas penggunaan masker ini. 






Jadi bagi yang ingin mencubanya sendiri , korang bolehlah layari terus untuk pembelian di 


Berharga RM36 sahaja untuk 50ml 

dan terdapat promosi kod di pautan di atas untuk 

penghantaran percuma terus dari Althea Korea
Althea Milk Peel Cream Mask - Masker Berasaskan Susu Dari K-Beauty Althea Milk Peel Cream Mask - Masker Berasaskan Susu Dari K-Beauty Reviewed by Ana Jingga on November 21, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Wah..mesti selesa lepas dah cuci semua jan kak..ada rasa perubahan pada kulit wajah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.