Dirgahayu Tuanku - Mengenali Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah

Mengambil sempena hari ini 2hb November 2018 yang merupakan Hari Keputeraan rasmi Baginda Sultan Perak , ana sebagai anak jati Perak yang amat berbangga sebagai rakyat kelahiran Perak, di besarkan di negeri Perak tercinta ingin berkongsi serba sedikit biodata DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN. Semua yang terbit adalah dari beberapa sumber rujukan yang bakal ana letakkan di bawah dan kredit juga  foto-foto kepada pemilik. Dirgahayu Tuanku ... semoga negeri Perak Darul Ridzuan akan terus terpelihara dan di bawah rahmatNya sepanjang pemerintahan Tuanku dan aman makmur sentiasa selamanya.. Aamiin. 





Biodata Sultan Nazrin Muizzuddin Shah





Gelaran:

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN , 
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan  Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K. (Kelantan)., D.K. (Selangor), D.K.N.S, D.K. (Perlis)., Ph.D.(Harvard)


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Mu'izuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah atau Sultan Nazrin Shah (Diputerakan 27 November 1956) merupakan bekas Raja Muda Perak dan kini baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang baharu setelah kemangkatan ayahanda baginda pada 28 Mei 2014. Baginda merupakan putera sulung Sultan Perak ke 34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Raja Nazrin Shah ialah paduka anakanda dan putera sulung daripada lima adik-beradik, Raja Azureen, Raja Ashman Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia. 

Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah dari darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur. Setelah berusia 13 tahun, Baginda berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge. 

Baginda ialah Felo Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College, Universiti Cambridge; Fellow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Fellow Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Baginda berkelulusan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

 Raja Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim diijabkabulkan pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah.

Biodata Raja Permaisuri Perak - Tuanku Zara Salim 





Gelaran

DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN, 
Tuanku Zara Salim
D.K., D.K.S.A., D.K.A.,


Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (dilahirkan pada 22 Mac 1973) merupakan permaisuri kepada Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak yang dimashyurkan pada 20 Jun 2014. Baginda yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson dan Dato' Seri Datin Sharifah Azaliah Binti Syed Omar, dilahirkan di Bandar Raya Ipoh. Tuanku Permaisuri Zara Davidson merupakan puteri tunggal kepada Dato' Seri William Salim Davidson.

Tuanku Zara Davidson, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah manakala datuknya, Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin ialah Menteri Besar Kedah ketiga.  Bapanya Salim Davidson seorang peguam terkemuka.

Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzaffar Shah yang diputerakan pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri, Raja Nazira Safya yang diputerikan pada 2 Ogos 2011.


Related image




kredit sumber : 

ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Nazrin_Muizzuddin_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Azlan_Muhibbuddin_Shah
ms.wikipedia.org/wiki/Zara_Salim_Davidson
http://sultan.perak.gov.my/
https://www.facebook.com/sultannazrinmuizzuddinshah/

Dirgahayu Tuanku - Mengenali Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah Dirgahayu Tuanku - Mengenali Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah Reviewed by Ana Jingga on November 02, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Suka keluarga diraja ini..moga Tuanku terus dilimpahi keberkatan dan kesihatan untuk mentadbir Negeri Perak ini.Dirgahayu Tuanku.

    ReplyDelete
  2. Anak sultan Nazrin comei-comeila. Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik sultan kita☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin , bangga kita kan Kinah anak jati Perak darul ridzuan

      Delete

Powered by Blogger.