Hukum mencukur bulu kaki bagi lelaki & perempuan

Sebagai hambaNya yang sentiasa mencari kepastian dalam setiap perbuatan seharian, kita akan cuba sedaya upaya mendapatkan jawapan pada setiap perilaku kita sama ada ianya di larang di dalam agama atau ia boleh di lakukan dan tidak mendatangkan dosa. Akibat dari sesuatu perbuatan yang pada kita hanya satu isu kecil namun jika ianya haram dari segi hukum, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada pengakhiran perjalanan hidup kita nanti, kerana sebesar zarrah sekali amalan dan perbuatan kita akan di timbang untuk menentukan kedudukan kita di alam akhirat yang kekal. 

Ana mengikuti Instagram beberapa ulama dan tokoh ilmuan agama yang hari-hari berkongsikan hukum syariat di dalam menjalani kehidupan kita di atas muka bumi ini. Antaranya pastilah Instagram  DATUK SERI DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN yang menggunakan ID @ Drzulkifli.albakri . Ana syorkan juga di sini, andainya kita sedang mencari jawapan pada setiap persoalan, follow lah akaun IG beliau dan lain-lain tokoh ilmuan yang sahih agar hari demi hari kita belajar dalam mencari keredhaanNya. 


Related image
credit foto : wikihow 

Hukum mencukur bulu kaki bagi lelaki & perempuan 


Dan dari perkongsian beliau di Instagram yang ana fikir agak menarik ana kongsikan semula di sini bersama pembaca blog yang ana kasihi, satu topik yang di ketengahkan oleh beliau baru-baru ini ialah tentang apakah hukum mencukur bulu kaki bagi lelaki & perempuan ? Dan jawapan bagi persoalan ini adalah seperti yang di terangkan di dalam poster beliau di bawah.. Alhamdulillah. Sangat jelas selepas kita meneliti dan memahaminya, In Shaa Allah. 



kredit poster : IG @drzulkifli.albakri 


Untuk penjelasan yang lebih mendalam lagi , boleh lah layari ke  http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/985-irsyad-al-fatwa-siri-ke-178-hukum-mencukur-bulu-kaki-bagi-lelaki-dan-perempuan . Yang mana kesimpulan yang ana perolehi dari sumber di atas ialah ;

Hukum asal mencukur bulu kaki bagi orang perempuan ataupun orang lelaki adalah harus. Ini kerana tidak terdapatnya arahan untuk mencukurnya serta tiada pula larangan untuk menyimpannya. Walaupun begitu, jika sekiranya memotong atau mencukur bulu-bulu tersebut boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) lelaki kepada perempuan, maka hukumnya adalah dilarang. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Rasulullah S.A.W melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan, serta golongan perempuan yang menyerupai lelaki.




Semoga bermanfaat buat kita semua... 

Hukum mencukur bulu kaki bagi lelaki & perempuan Hukum mencukur bulu kaki bagi lelaki & perempuan Reviewed by Ana Jingga on November 15, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Baiklah..terima kasih kak perkongsian...akak kalau ada terjumpa atau akak tahu hukum memakai contact lens dan bulu mata kongsi juga ya kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah PC ada tu kalau cari dari perkongsian mereka yang bertauliah sebagai rujukan..

      Delete
  2. terima kasih kak anak pengkongsian ni.. boleh sharing kepada orang ada bulu kaki ni.. ekin sendiri terselamat sebab xada hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada orang yang agak lebat kan tumbuh nya.. semoga bermanfaat

      Delete

Powered by Blogger.