Memandangkan anak-anak sedang cuti sem break seminggu dan kebetulan pula suami ana cuti habiskan cuti tahunan yang berbaki, Isnin lepas kami sekeluarga balik ke kampung halaman Teluk Intan dan pakat berkumpul adik-beradik. Time cuti-cuti perayaan macam ni lah kan dapat berkumpul ramai-ramai. Malam tu kami buat steamboat di rumah, Alhamdulillah sangat lah meriah. Dan petang Deepavali tu, jiran sebelah rumah kami, Aunty Saroja dan cucunya Sharu menghantar kuih muih tradisional kaum India yang dah lama ana tak makan. 




Kuih tradisional India sempena Deepavali 


Aunty Saroja sekeluarga ni adalah pengamal vegetarian, jadi kami agak rapat juga dengan nya sebab tinggal bersebelahan rumah sahaja. Orangnya pun teramatlah pembersih dan moden dan semua anak cucunya bersekolah kebangsaan dan fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Aunty Saroja ni pun berkulit cerah tau, lawa orangnya. Hehe .

Petang tu antara kuih tradisional India yang di beri kan kepada kami seperti muruku, candy kelapa, kuih loyang, agar-agar dan beberapa jenis kuih dari tepung kacang hijau tu yang sedap sangat rasanya. Kesemua kuih muih tradisional India ni, selalunya manis-manis dan bahan asas mereka adalah kelapa. Yang dalam cawan tu paling manis, sejenis manisan kaum India yang ada rasa kelapa muda dan di rendam dalam air gula. Hat ni je yang ana tak boleh nak makan kerana manis ya amat. 

Candy kelapa tu sedap kurang sangat manisnya dan paling awesome kuih dari tepung kacang hijau yang bulat-bulat tu. Lama sungguh ana tak makan kalau dahulu kami selalu dapat pemberian kawan-kawan mak saudara ana bila Deepavali. Selain dari itu antara lain kuih Deepavali yang sedap juga seperti Laddo dan sejenis kuih yang keras dari kekacang tu. Tak ingat namanya tapi kalau baling dinding mau berlubang, keras sangat dalam bentuk bulat-bulat tetapi di buat dari pelbagai jenis kacang. 

Begitulah indahnya hidup dalam pelbagai komuniti dan budaya serta bangsa yang berbeza. Saling menghormati antara kaum dan kemanisan perhubungan itu akan terasa. Bagi mereka agama dan budaya mereka dan bagi kita tidak salah untuk sama-sama menghormati dan menjalinkan persahabatan yang baik. Kalau kita menghormati budaya dan adat resam mereka, ana yakin mereka juga faham dan akan menghormati tatacara kehidupan kita. Misalnya, Aunty Seroja ni siap bagitahu kuih-kuihnya semua bahan Halal.. lagipun Aunty kan vegetarian..Jadi kami yakin dan kami makan. Happy Deepavali buat semua kaum India di Malaysia dan semoga kita semua akan terus hidup dengan harmoni dan saling menghormati.. 



12 Comments

  1. Candy kelapa tu PC pernah makan masa kerja sebab ada kawan bawa kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. manis kan PC, kak ana manis-manis ni sendiri dah tak boleh terima, faktor usia agaknya :)

      Delete
  2. bestnya ada jiran india...boleh la dapat rasa maruku kan kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Eda, jiran kat kampung dan kat sini pun ada jiran india juga hantar kuih raya deepavali :)

      Delete
  3. maruku je best yang lain tak boleh masuk tekak.hihi

    ReplyDelete
  4. Suka muruku, suka candy kelapa..tapi sekarang dah tak leh makan dh laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan jaga kesihatan kan SA, jaga diri baik2 naa :)

      Delete
  5. Suka muruku denagn kuih rose tu

    ReplyDelete
  6. Sah suka maruku dengan candy kelapa.. masa zaman sekolah dulu ada juga pergi rumah kawan kawan India meraikan Deepavali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan Sha, candy tu kak ana dah tak boleh terima sebab manis sangat hehe :)

      Delete