Lempeng Kelapa buat makan malam sekeluarga

Menu makan malam ni selalunya kita cuma nak buat alas perut sahaja kan. Jarang lah kami sekeluarga makan malam yang berat-berat macam nasi campur semua tu. Siang tadi ana masak kari ikan tongkol dan sambal sardin. Serius lama sungguh tak masak dan makan sardin tin ni selepas ada isu yang agak tidak menarik di ketengahkan. Memandangkan sardin jenama Ayam Brand atau sardin cap ayam kata orang kampung yang terselamat dari senarai dan antara jenama yang ana yakini dari sebelumnya lagi, Kak Long minta ana masakkan sambal sardin, teringin pula dia nak makan sambal sardin. Jadi menu tengahari tu dengan kari dan sambal sardin lah kami, Alhamdulillah. 




Kari-kari ni kalau di rumah ni kurang laku dengan anak-anak ana. Tak habis pun di makan sehingga ke malam. Tetiba!!! Ana dapat idea..jeng jeng jeng!!! Ana buatkan lempeng kelapa dan boleh lah di cicah makan bersama kuah kari dan sambal sardin tengahari tadi tu. Dan proses melempeng pun bermula lah... 



Cara nak buat lempeng kelapa





Bahan-bahan nya :

Kelapa parut
Tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya 

Cara membuat lempeng kelapa :




Korang satukan sahaja kesemua bahan di atas dan jadikan satu adunan yang tidak begitu pekat atau pun tidak begitu cair. Boleh sahaja try and error ketika korang melempengkannnya ke atas kuali leper. Ana gunakan non-stick pan jadi ia mudah dan tidak melekat. Kalau melekat korang letak lah sedikit minyak kalau jenis non-stick tu tak payah minyak dah. 





Selepas lapisan atas mengeras dan masak baharulah korang terbalik kan pula bahagian sebelah lagi dan masakkan sehingga garing mengikut keperluan masing-masing. Ermm.. sedap you, makan cicah dengan kuah kari atau sambal sardin lempeng kelapa ni. Ada orang melempeng sebagai sarapan pagi, sajian petang atau pun menu makan malam. Ikutlah kan nak makan bila pun. Tapi kan... kami kat kampung masa kecil-kecil dahulu panggil ni tetepek nyor je... dah sampai key el barulah ikut panggil lempeng atau pancake kata omputih hehe :) Selamat mencuba satu lagi resepi menu ibunda sajian tradisional lama. 



Lempeng Kelapa buat makan malam sekeluarga Lempeng Kelapa buat makan malam sekeluarga Reviewed by Ana Jingga on November 16, 2018 Rating: 5

6 comments:

Powered by Blogger.