Agar-agar Susu & Nanas

Ana ada satu tin nanas kiub yang belum di buka di rumah ni. Banyak produk Ayam Brand dalam tin ana perolehi ketika menghadiri satu event Ayam Brand baru-baru ini. Tak banyak resepi yang menarik yang ana jumpa dapat di hasilkan dari nanas kiub ni. Last-last semalam, Kak Long cadangkan nak buatkan agar-agar nanas dengan susu sahaja sebagai pencuci mulut. Kami ke pasaraya dan beli agar-agar dengan susu cair. Bila dah siap keras, cantik pula kejadiannya hehe.. Rasa nak kongsikannya dengan pembaca, mana tahu kan, andai ada duk cari idea nak buat dessert, boleh lah buat agar-agar susu nanas manis ni. 




Agar-agar Susu & Nanas




Bahan-bahannya pun mudah sangat ana gunakan 1 peket agar-agar tali, 1 tin susu cair, 1 tin kiub nanas Ayam Brand dan gula secukup rasa. 

Caranya macam biasa, didihkan agar-agar bersama air ( anggaran 500ml gitu ). Jangan banyak air sebab nanti kita akan masukkan air jus nanas tin Ayam Brand ni dan juga susu cair kan. jadi agak-agaklah kepekatan yang kita ingini. 

Bila agar-agar dah mendidih, masukkan jus nanas kiub dan juga gula ( ikut kemanisan yang di perlukan). Kacau seketika sebelum masukkan susu cair. Terus kecilkan api kerana susu akan membuak nanti. Kacau selalu hingga mendidih sekali lagi dan matikan api. 




Kali ini, ana gunakan acuan bekas comel seperti di atas. Ana letakkan dua kiub nanas Ayam Brand di dalam acuan dan tuangkan agar-agar ke dalamnya. Sejukkan seketika pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah keras boleh lah terbalikkan dan terhasillah agar-agar yang comel seperti di bawah. 




Rasanya ada lemak manis dan masam jus nanas. Kalau korang tak ada acuan tu boleh juga tuang ke dalam loyang dan potong-potong sahaja nanti. Gunakan pisau yang tajam ketika nak potong agar-agar supaya kiub nanas terpotong cantik sekali nanti, jika tak ia akan pecah pula kan. Selamat mencuba naa :) 

Agar-agar Susu & Nanas Agar-agar Susu & Nanas Reviewed by AJ on December 20, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. mmg kena pakai agar2 tali ke kak ana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana kalau masak agar-agar selalunya guna agar-agar tali tu lisa :)

      Delete
  2. sedapnya.. makan pula sejuk-sejuk.. pergh.. lega je tekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sha makan bila disejukkan sedappp :)

      Delete
  3. sedap ni..klu cik nor buat koktail jer tahu..hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.