Pokok bunga dedaun berwarna ungu atau purple ni ana bawa balik dari kampung, Teluk Intan. Benih dari rumah wancu . Di kampung, wancu biarkan merebak dengan sendiri di atas tanah. Nampak cantik pula daun-duan warna ungu. Ana ambil sepasu kecil tu bawa balik. Dah dekat dua bulan ana tengok makin bercambah dah anak-anak baru naik. 

Petang semalam cuaca pun agak redup, teringat nak alihkannya ke pasu yang lebih besar. Kesian pula tengok berhimpit dalam pasu kecil tu kan hehe :) Kebetulan ada pasu kosong dengan tanah, maka bermulalah proses mengalih anak pokok ke dalam pasu yang lebih besar. Ini cara ana lah, mungkin cara yang lebih profesional dalam bidang tanaman ni lain agaknya yer :) 



Cara mengalih anak benih pokok ke dalam pasu 






Pasu yang lebih besar ni, kena lah di isi dengan tanah terlebih dahulu. Isi dalam 3/4 kemudian sediakan satu lubang yang boleh muatkan isi pasu kecil yang kita nak alihkan tu. Jangan usik pokoknya nanti takut putus akar , mati pula benih pokok bunganya. Terbalik kan pasu kecil dengan isi-isi tanah dan benih tu elok-elok. Kira seketul kedepukk masukkan ke dalam lubang tanah di pasu yang lebih besar tu pula. 




Ambil lebihan tanah dan tutup rapat-rapat pada benih pokok bunga tadi, biar padat. Haa.. jirus lah dengan air agar serasi tanah baharu dan tanah lama pada benih tu. Rajin-rajin siram dan In Shaa Allah, pokok baharu akan lebih merebak dan beranak pinak kemudian nanti. Besarlah sikit ruang pertumbuhannya kan..  

Pokok ni agak unik juga dari daun, dahan dan bunganya pun berwarna ungu. Ana tak pasti nama spesis pokok ni cuma dahannya rapuh ya amat dan mudah patah. Rasanya tak boleh lebih air pun ni, nanti akarnya busuk barang kali. 

10 Comments

  1. Bila tengok warnanya terus ingat keledek,rebina dan anggur la kak..purple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan PC, warna keledek unggu hehe sedap nuat pengat

      Delete
  2. mentua ejulz suka bertanam bunga ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hobi masa lapang kan ejulz :) terapi juga tu

      Delete
  3. rajinnya :) best badan sihat bila berkebun ni.. tambah plak dapat hasil berbudi pada tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar mengisi masa terluang di waktu petang Fatin hehe :)

      Delete
  4. Rajinnya Akak kite nih... jeles tau! moga pokok hidup subur yea..

    ReplyDelete
  5. Aktiviti mak saya ni..bilalah saya pulak nak rajin camni..

    ReplyDelete