Inilah entri terakhir ana untuk tahun 2018 yang akan meninggalkan kita. Ana pasti setiap dari kita ada kisah suka duka yang hadir dalam mewarnai kehidupan. Yang datang silih berganti menjadikan coretan perjalanan kita sebagai hambaNya selagi berbaki usia. Hari-hari yang dilalui sejauh mana pengisiannya, manfaatnya yang dapat kita berikan kepada insan lain. 

Sebagai penulis blog, ana sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik disisi Allah swt hari demi hari. Bukan mencari perhatian manusia semata yang pasti akan terus mencari di mana silap dan khilafnya insan lain, namun lebih kepada mencari redha Allah swt agar setiap baris ayat yang di kongsikan adalah yang baik-baik sahaja. Kerana yang baik itu akan membawa ganjaran pahala dan pahala yang akan di timbang untuk menentukan pengakhiran destinasi kita semua. In Shaa Allah. 




2018.. kerjaya penulisan www.anajingga.com banyak membawa kenangan yang manis-manis. Tahun ini, ana kerap juga keluar untuk media event, mendapat pelbagai sponsor untuk sekeluarga seperti penginapan di Hotel D'Art, percutian sekeluarga di Gobok Homestay, Cameron Highland, makan angin ke Farm in the City, beriadah ke Museum of Illusion malah makan steamboat sekeluarga di D'Kayangan Steamboat & Grill. Rezeki atas tiket blogger untuk kami sekeluarga, Alhamdulillah. 

Tahun ini juga ana diizinkanNya bersua dengan ramai sahabat-sahabat blogger yang selama ini hanya mengenali di arena media sosial dan akhirnya menjalin ukhuwah ke alam nyata. Rezeki dalam pelbagai bentuk yang tak pernah putus sepanjang tahun dalam penerbitan review dan pengiklanan malahan sponsor dalam pelbagai produk dan servis yang begitu melimpah ruah. Terima kasih buat semua yang pernah berkolaborasi bersama ana, clients, PR yang sering memberikan peluang dan rezeki malahan juga sahabat-sahabat blogger yang sama-sama tag dan mengambil ana untuk pelbagai kempen yang dijayakan bersama. Syukur Alhamdulillah dan semoga segala yang kita terbitkan ada manfaatnya buat insan lain. Aamiin. 





 2018 juga ana berpeluang muncul sebagai blogger jemputan untuk majalah online Famehitz dan tercetak di surat khabar Harian Metro kisah bertani dalam bandar. Satu pengalaman manis yang tak dapat ana lupakan walaupun sebelum ini di awal usia pernah juga muncul di akhbar atas urusan kerjaya dan terbitan penulisan cerpen dan sketsa. Lama dah sebenarnya ana menulis dari usia remaja lagi cuma diberikanNya peluang yang lebih banyak seperti di blog pada usia yang kian senja. Apapun ana syukuri kerana banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian. Alhamdulillah.

Untuk tahun 2019, semoga kita semua akan terus diberikanNya curahan idea, kesihatan yang baik dan menulis perkongsian artikel yang baik-baik sahaja. Bimbang kerana jari yang menaip ini kelak akan terpalit dosa jariah yang berpanjangan, jaga penulisan dari jemari kita agar tidak menyentuh perasaan insan lain nak nak lagi di kalangan mereka yang tidak langsung kita kenali, takut tak sempat memohon kemaafan dan kekal hingga ke alam akhirat. 

Dikesempatan ini juga ana ingin memohon kemaafan andainya sepanjang coretan di arena tanpa suara ni pernah mengguris hati sesiapa sahaja yang jauh dan dekat. Maafkan ana juga sekiranya pernah mencalar perasaan sesiapa dari bait-bait penulisan dari awal penulisan 2012 hinggalah ke saat ni. Maafkan saya... 

Terima kasih dari ana buat semua pembaca blog picisan www.anajingga.com yang mencecah 2.4 juta pageviews, begitu juga pengikut di FB Page @anajingga dot com , rakan-rakan Fb Anajingga & Instagram @anajingga . Yang baik semuanya datang dari Allah swt dan yang khilaf itu adalah dari kekerdilan ana sebagai hambaNya yang tak pernah sempurna. Selamat menyambut kedatangan tahun baharu 2019 dan semoga kita semua sukses dunia akhirat... Aamiin. 

10 Comments

  1. salam tahun baru 2019 Kak Ana.
    ceria2 selalu ya =)

    ReplyDelete
  2. selama tahun baru kak moga dipermudahkan segala urusan akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin In shaa Allah Yana, selamat tahun baru juga buat Yana semoga terus sukses dalam segala lapangan..aamiin

      Delete
  3. Semoga tahun 2019 lebih baik untuk kita. Selamat tahun baru kak Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, selamat tahun baru juga buat adinda Nani tersayang semoga segala impian akan di makhbulkanNya.

      Delete
  4. Tahniah kak ana! Byk betul imbuhan sbg penulis bog ni..

    ReplyDelete