Fuhh!! Althea.. sebut sahaja Althea apa yang korang dah terbayang ?? Kosmetik dan skincare la kan, pelbagai produk kecantikan KBeauty di bawah satu gedung beli belah online. Althea ni dah bagaikan pesonal shopping mall buat ana dan anak-anak gadis berdua ni. Pantang ada tawaran dan produk terbaharu, pasti akan ke Althea untuk shopping. Yang best nya, shipping fee PERCUMA untuk pembelian yang layak. Dan walaupun produk di pos terus dari Korea, serius.. penghantaran sungguh cepat dan tak pernah pun kami menerima produk yang rosak. Good job Althea. Salute !!


Antara koleksi KBeauty Althea AJ 



Althea Wish List 2018

Bulan Disember ni, bulan kemeriahan dengan sambutan hari Krimas. Selalunya sempena perayaan Krismas, Althea ada pelbagai tawaran istimewa buat pelanggan. Ermm... Ana dan anak-anak berebut hari ini nak buat satu Wish List untuk bookmark dulu di Althea. Nanti ada bajet kami nak terjah dan grab terus. Rugi kalau tak ambil peluang ni.. Jomm kita tengok dulu 10 produk yang menjadi idaman kami bertiga untuk Althea Wish List 2018 kali ini... 





1. THE SAEM 

COVER PERFECTION TIP CONCEALER (6.5G)RM15.00


the SAEM Cover Perfection Tip Concealer (6.5g)


Concealer ini mempunyai 3 tona warna yang berbeza dan cukup sesuai untuk ASIAN’s skins iaitu warna CLEAR BEIGE, NATURAL BEIGE dan RICH BEIGE.  Texture Concealer ini juga yang ringan mampu melicinkan di kawasan-kawasan yang tercela  dengan mudah serta menonjolkan untuk kulit yang lebih cerah. Concealer amat penting sebagai make-up base so produk keluaran The Saem ini mampu menambahkan seri lagi make-up.


2. CORINGCO
PINK SQUARE DUAL HIGHLIGHTER (10G) RM32.00


CORINGCO Pink Square Dual Highlighter (10g)


Okay Concealer done! So untuk menonjolkan lagi hasil make-up kita penggunaan Highlighter juga boleh digunakan. Pilihan ana ialah  CORINGCO PINK SQUARE DUAL HIGHLIGHTER. Highlighter ini walaupun saiznya kecil ,compact tetapi hasilnya sangat awesome. Kecil, mudah dibawa di dalam handbag. Didatangi dengan 2 jenis warna dalam 1 pack dan yang penting texturenya ialah POWDER HIGHLIGHTER , so mudah lah untuk disolekkan di muka dengan hanya memakai brush make-up sahaja. So muka lebih “shining shining’ gitu

3. THE FACE SHOP
INK LASTING FOUNDATION SLIM FIT (30ML)
RM55.00


THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit (30ml)



Antara make-up base yang penting ialah FOUNDATION. Jenama THE FACE SHOP sudah lama menjadi antara pilihan hati saya terutama produk-produk solekannya. Nah! ini merupakan FOUNDATION keluaran THE FACE SHOP . Kenapa ana memilih FOUNDATION ini? Kerana walaupun texturenya yang nipis tetapi ia mampu melembutkan kulit wajah sekaligus menutup cela-cela di wajah dan yang paling penting ianya tidak mengeringkan wajah. Plus ia mengandungi SPF #0 dan PA++ yang membantu mengelakkan wajah daripada ‘sunburn’.


4. PETAL VELVET POWDER #PINK LAVENDER (3G)RM17.00


ALTHEA Petal Velvet Powder #Pink Lavender (3g)



Antara produk keluaran ALTHEA yang menjadi favourite ana ialah PETAL VELVET POWDER PINK LAVENDER. Saiznya yang kecil membolehkannya senang untuk di bawa ke mana-mana sahaja serta wangian LAVENDER yang unik membuatkan produk ini laris jualannya. Mencerahkan dan melembutkan kulit wajah ,itulah hasil dari pemakaian produk ini. Texturenya yang nipis membantu menambah seri wajah. Sesuai untuk dipakai oleh semua jenis kulit wajah.


5.GLAMFOX
FLEURISSANT LIP GLOW (3.3G)
RM42.00


GLAMFOX Fleurissant Lip Glow (3.3g)

 


Cantikkan lip glow ni? Ini adalah produk keluaran GLAMFOX. Terdapat 6 jenis warna pilihan iaitu MOONLIGHT FLOWER, HONEY FLOWER, PEACH FLOWER, ROSE FLOWER,EMERALD FLOWER dan WITCH FLOWER. Lip Glow ini membantu  bibir  untuk kekal terhidrasi dan lembap. Disyorkan untuk digunakan bagi mereka yang mempunyai bibir kering kerana hasilnya sememangnya awesome! Hasilnya bibir kelihatan lebih PINK dan tidak kering.


6. ALTHEA
BARE ESSENTIALS SET
RM104.40 



ALTHEA Bare Essentials Set (10% OFF)
           


Seterusnya selain produk solekan, Althea juga menawarkan pelbagai jenis dan jenama produk penjagaan kulit. Ini merupakan produk keluaran ALTHEA sendiri iaitu BARE ESSENTIALS SET. Terdiri daripada CONTOUR CLEANSER, PRIMER WATER dan juga FIXER CREAM. Contour Cleanser  ialah pembersih wajah yang bantu menyegarkan kulit wajah dan mengandungi kapsul mikro untuk membersihkan kulit dan perlahan-lahan mengosongkan kekotoran. Primer Water pula melicinkan dan membantu menghidratkan kulit wajah. Fixer Cream pula sebagai pelembap dan menyediakan kulit dengan penghidratan sehingga 24 jam untuk kulit kelihatan segar. So, ketiga-tiga produk ini membantu saya untuk menjaga kulit wajah  agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya .


7. ALTHEA
MILK PEEL CREAM MASK (50ML)
RM36.00


ALTHEA Milk Peel Cream Mask (50ml)
 

Dah cuci muka dengan pencuci ALTHEA BARE ESSENTIAL, kita pakai pula MILK PEEL CREAM MASK keluaran Althea pula. Untuk Althea Milk Peel Cream Mask , ia diformulasikan  untuk mengeluarkan sel kulit mati, sebum tersumbat dan kotoran dari dalam. Menggabungkan protein susu, AHA & BHA yang membantu mencerahkan, menghaluskan serta melembabkan kulit. Kaolin pula membantu proses kdetox serta menyingkirkan kotoran yang tersumbat pada pori kulit. Barulah kulit nampak lebih flawless.


8. THE FACE SHOP
JEJU VOLCANIC LAVA 3-STEP BLACKHEAD REMOVER NOSE STRIP (1 SHEET) RM7.00


THE FACE SHOP Jeju Volcanic Lava 3-Step Blackhead Remover Nose Strip (1 sheet)




Pemakaian make-up terlalu lama boleh membuatkan kulit wajah terutama di T-zone (dahi, dagu dan hidung) bermasalah seperti blackhead.  The Face Shop mengeluarkan produk anti- blackhead nose strip yang  berkesan untuk menghilangkan blackhead di hidung dengan cara mudah, hanya memakai nose-strip ini . So, apa lagi? Senaraikanlah dalam wishlist pembelian.



9. COLOR DEEP
18 COLOR EYESHADOW PALETTE (1.3G*18EA)_PINK HOLIDAY
RM48.00

 
Color Deep 18 Color Eyeshadow Palette (1.3g*18ea)_Pink Holiday


Cantikkan warna warna eyeshadow ni? Sesuai untuk dipakai di pelbagai jenis event seperti dinner atau pun ‘hang-out’ shopping dengan kawan-kawan. Apa keistimewaan COLOR DEEP EYESHADOW ni? Antaranya ialah ia menawarkan 18 jenis tona warna yang berbeza di dalam sebuah pallete .Berbaloikan dengan harganya? Bolehlah menggunakannya untuk smokey makeup ke daily makeup ke untuk ke kelas ataupun lovely makeup untuk girls yang mana suka kan warna soft seperti Pink agar solekan di muka nampak lebih menyerlah lagi.


10.  MISSHA
GLOW SKIN BALM (50ML)
RM60.00


MISSHA Glow Skin Balm (50ml)



GLOW SKIN BALM ini merupakan salah satu produk keluaran missha yang popular kerana kelebihannya 4 in 1 sebagai “moisturizer + morning pack + primer + glow cream 4 in 1”. Ini kerana ia membantu melembutkan kulit sekaligus boleh di jadikan sebagai primer atau makeup base serta glow krim bagi menaikkan keserian wajah. Ianya juga ‘Skin-friendly’ kerana sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit . GLOW SKIN BALM juga menawarkan 30 jam kelembapan kulit wajah. Jadi apa tunggu lagi? Dengan packagingnya yang serba cantik serta manfaat yang tersedia , bolehlah dicuba .


Wahh!! Tak sabar ni nak shopping di my.althea.kr sempena tawaran hebat musim perayaan Krismas 2018. Korang peminat K-Beauty produk apa tunggu lagi klik sahaja di mana-mana pautan yang ana beri dan shopping !!! Merry Christmas everyone and enjoy!!! 

14 Comments

  1. Wah bestnya pilihan Kak AJ....best!!

    ReplyDelete
  2. tak pakai makeup..bedak pun x pakai huhu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. pilihan anak dara berdua ni Kinah hehe :)

      Delete
  4. Jom shopping .. Terjebak dgn 50% diskaun utk althea eksklusif, sale hingga 19 Dec ni ..

    ReplyDelete
  5. Ada bermacam2 pengeluar produk..pilih yang benar2 serasi ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Etuza kena bijak dalam memilih produk yang sesuai kan, terima kasih atas ingatan :)

      Delete
  6. Sha ada petal velvet powder pink tuu... blogger Marshaliza bagi, tapi belum guna lagi..patut la angel2 althea cantik-cantik..macam-macam untuk penjagaan diri kan

    ReplyDelete
  7. hehe Sha kena jadi sebahagian Angel juga lepas ni kay :)

    ReplyDelete